Bukan setakat beri duit, beri makan kita boleh tolong mereka
yang susah. Cara kita buang sampah pun sebenarnya boleh membantu mereka yang
susah. Cubalah bila kita buang sampah di rumah kita, kita asingkan sampah botol
plastik, sampah besi, sampah kertas, sampah barangan elektrik dan sampah sisa
makanan.
Asingkan elok-elok. Setiap jenis sampah, letak dalam satu
plastik. Sampah sisa makanan dan yang tidak boleh dikitar semula letak dalam
tong sampah.
Sampah botol plastik, sampah besi yang telah diikat kemas
dalam bekas berasingan letak di tepi luar tong sampah.
Pekerja kutip sampah yang dari golongan berpendapatan rendah
ini pasti merasa amat gembira apabila sampah ini diasing sebegini. Ini adalah
kerana sampah yang sebegini adalah punca rezeki mereka.
Tak perlulah mereka punggah tong sampah untuk mencari sampah
yang boleh dikitar semula untuk dijual.
Jangan pula lepas ini ada Menteri nak saman penghuni rumah
macam saya ini yang letak sampah kitar semula di luar tong sampah.
Kalau kita nak tolong golongan susah, ada macam-macam cara.
Nak atau tak nak. Yang penting kita umat Islam buat semua ini hanya harap redha
ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan