Dua tiga hari lepas sebelum solat
tarawih saya buat pengumuman kepada para jemaah surau bahawa jiran
kita di Taman Alamanda, Senawang iaitu Sdr Saffian bin Mat Jani di No
77, Jalan Alamanda 5 dalam kesusahan. Dia bekerja sendiri, dan tidak
dapat bekerja mencari rezeki apabila tiga jari kakinya di potong,
kulit kedua-dua kakinya dibuang akibat komplikasi penyakit.
Di samping perlukan wang untuk
perbelanjaan harian keluarga, beliau memerlukan kos rawatan yang
tinggi. Alhamdulillah Majlis Agama Islam N.Sembilan ada membantu
tetapi permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat beliau
ditolak.
Antara jiran yang respon awal selepas
pengumuman tersebut ialah seorang warga Pakistan yang menghulurkan
sumbangan. Tadi sebelum solat subuh warga Pakistan tadi beritahu
saya, kesian apabila dia melihat Sdr Saffian, tak pernah beliau
tengok orang yang sakit sedemikian.
Marilah kita cari, bantu, hebohkan
jiran tetangga kita yang memerlukan, yang susah. Janganlah kita
harapkan mereka ini JKM akan bantu, kerana beratus ribu permohonan
yang JKM terima saban tahun. Siapa lagi yang patut bantu mereka kalau
bukan kita sebagai saudara mara atau jiran tetangga.
Hebohkanlah jiran dan saudara mara kita
yang memerlukan ini sebelum solat tarawih, semasa tazkirah, yang
terbaik semasa Khutbah Jumaat, dalam FB, dalam Blog Surau seperti
Blog Surau Alamanda http://suraualamanda.blogspot.com
Kalau kita tak dapat bantu,
sekurang-kurangnya kita berdoa atau buat solat hajat.
Malam tadi selepas solat tarawih, kita
di Surau Taman Alamanda, buat solat hajat mohon agar ALLAH pulihkan
jiran kita Sdr Anuar dari Lorong Alamanda 3/3 yang kini ICU di
Hospital Seremban kes langgar lari oleh Mat Rempit di Taman Kobena
minggu lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan