Eloklah setiap muslimin bercita-cita
untuk jihad qital. Tapi bukan mudah persiapan untuk jihad ini.
Berpada-padalah kongsi artikel mengenai jihad di negara luar. Banyak
perkara yang kita alpa di sekeliling kita.
Asas utama jihad ialah hubungan akrab
kita dengan ALLAH, kemudian dengan Nabi SAW, kemudian dengan kedua
ibu bapa kita, seterusnya saudara mara kita, jiran tetangga kita,
termasuk jiran tetangga yang bukan Islam.
Kadang-kadang kita lupa perkara yang
paling mudah, asyik dengan artikel Briged Qassam, Hamas dsbnya.
Antara perkara yang asas ialah solat
jemaah terutamanya di masjid, bacaan Al Quran, selawat, zikir,
berbuat baik kepada ibu bapa.
Antara perkara asas lain dalam bab
jihad ini ialah gosok gigi, susun selipar di masjid dan di rumah dan
banyak lagi.
Bab susun selipar ini masih ramai
antara kita yang ambil ringan.
Pernah sekali Ustaz Zakaria Talib
ceramah di Surau Alamanda, habis satu ceramah dia cerita pasal susun
selipar saja, kerana bila dia datang surau banyak selipar
bersepah-sepah di luar surau.
Jihad ke, beri sumbangan pada fakir
miskin, beri makan gelandangan dan banyak perkara baik, matlamat kita
hanya satu, ajak manusia kepada ALLAH, itu saja.
Sebelum nak pergi berjihad,
biasa-biasakan susun selipar dengan kemas di masjid dan di rumah,
ringan-ringankan tulang bersih tandas masjid, kutip sampah, buang
tahi cicak, layan ibu bapa dengan baik.
Motosikal dan kereta kita hendaklah
sentiasa dengan baik, belajar-belajar baiki motosikal dan kereta
sendiri, kerana ini juga perkara asas dalam jihad. Sentiasa periksa
lampu brek, lampu isyarat, lampu undur berfungsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan