Surau tempat saya kalau letak tabung memang tidak dikunci,
ALLAH yang jaga. Pencuri ni kalau tengok tabung berkunci lagi mereka nak
pecahkan. Kalau tabung tak berkunci samada mereka akan pecahkan, atau mereka
akan ragu-ragu nak ambil duit yang ada dalam tabung yang tidak berkunci. Yakin
pada ALLAH saja, kerana manusia semakin lupa pada ALLAH. Ada masa bila tak letak tabung, bila ada orang nak derma, jumpa
duit bawah sejadah, bawah pintu, beri atas tangan. Yakinlah rezeki ALLAH yang beri.
Kita hanya perlu ALLAH, tak perlu CCTV.
Lapan tabung masjid dipecahkan
18 Julai 2014
UMBAI - Lapan tabung termasuk lima tabung bergerak milik
Masjid Lama Al-Khausar Umbai dipecahkan dua individu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, pergerakan dua individu
itu yang berusia dalam lingkungan awal 20-an dirakam kamera litar tertutup
(CCTV) dalam masjid berkenaan.
Dipercayai dua individu berkenaan meletakkan motosikal
mereka berdekatan kawasan perkuburan Islam Umbai sebelum menceroboh masuk ke
dalam masjid melalui pintu belakang.
Ahli jawatankuasa masjid, Farid Malik, 39, berkata, pihaknya
menyedari kejadian itu setelah jemaah datang ke masjid untuk menunaikan solat
subuh dan melihat dua tabung besi yang diletakkan berhampiran pintu utama
terbuka.
Menurutnya, individu terbabit turut mengumpil salah satu
jeriji tingkap bagi membolehkan mereka membawa lima tabung bergerak ke bahagian
solat Muslimat.
"Tabung bergerak yang dipecahkan adalah tabung yang
diagihkan ketika solat Jumaat, selain tabung besi yang yang diletakkan statik
dalam masjid.
"Ini bukan kejadian pertama kes curi wang tabung
masjid berlaku sejak ia diwujudkan lebih
150 tahun lalu dan ekoran itu, pihak masjid memasang beberapa CCTV,"
katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Farid berkata, melalui rakaman CCTV berkenaan, pihaknya
mendapati dua individu terbabit adalah orang luar.
Melalui rakaman CCTV selama sejam itu turut memaparkan
beberapa aksi individu terbabit dalam usaha untuk memecahkan tabung berkenaan
sehingga berjaya membawa lari wang tabung berkenaan yang berakhir kira-kira jam
3.30 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan