Ahad 6 Julai 2014, selepas berjemaah
Asar di Masjid Jamek An Nur, Rembau saya ke Bazar Ramadan pekan
Rembau. Kemudian saya ke Kg Rendah untuk sampaikan sedikit bantuan
kewangan yang dikirimkan melalui saya untuk seorang warga emas yang
berpenyakit bisul, lembam, tinggal seorang diri di rumah pusaka yang
usang, bocor sana sini. Kisah Encik Azman bin Rahmat ini ada keluar
dalam Sinar Harian beberapa hari lalu.
Dalam Sinar keluar Kg Rendah, tak ada
alamat penuh. Puaslah saya mencari sampai hujung kampung, balik
semula, jumpa seorang pemuda sedang mengecat pagar. Dia pun panggil
emak dia. Emak dia dengan gelaran Ibu Ida pun keluar, dia kata memang
dia kenal Encik Azman ini.
Dia pun tunjukkan saya rumah Azman.
Sebuah rumah yang begitu usang, suasana dalam rumah elok sikit saja
dari rumah kisah remaja OKU di Nilai yang menggemparkan satu
Malaysia.
Bantuan JKM ada diterima, YB pun ada
turun padang. Takkan semua nak harapkan JKM, YB dan Baitul Mal. Apa
peranan kita sebagai saudara se Islam, orang kampung, terutama orang
Rembau?
Ibu Ida kata, memang banyak kes macam
ni di Rembau. Apabila seseorang itu sudah tua, sudah uzur, sudah
lumpuh, OKU dan sebagainya, tak ramai yang menjaganya.
Memang dah lama saya perhatikan perkara
ini di Rembau, mungkin seluruh Negeri Sembilan.
Masyarakat kita sedang sakit. Kalau ada
orang susah, harap keluar berita, JKM bantu, Baitul Mal Bantu, YB
bantu.
Walhal mereka yang perlukan bantuan ini
bukan setakat perlukan kewangan, mereka perlukan kasih sayang,
bimbingan, kaunseling, nasihat.
Mereka yang menyediakan teks khutbah
Jumaat janganlah syok sendiri saja. Cubalah turun di Kg Rendah, jumpa
Encik Azman ini, barulah kita tahu betapa institusi kekeluargaan
kita, institusi masyarakat kita sedang menuju kehancuran.
Marilah kita sebarkan kasih sayang,
sesama ahli keluarga kita, sesama jemaah kita, sesama bangsa walaupun
berlainan parti.
Apabila saya menghulurkan bantuan saya
tidak mengatakan saya ini dari PAS, saya kata saya ini duduk Bongek.
Bukan tujuan saya untuk mempromosi parti, tujuan saya ingin melihat
orang kampung kembali berkasih sayang, ketepikan kepentingan peribadi
dan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan