KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131120

Kepada yang sudi menolong sahabat berniaga burger

Saya ada seorang sahabat yang ingin berniaga burger. Tetapi dia kekurangan peralatan dan modal. Dapur, meja dan peralatan kecil lain dia dah ada. Dia cuma perlukan khemah 10 kaki X 10 kaki dan modal RM300 ke RM500 untuk beli bahan mentah untuk berniaga.

Kepada mereka yang ada khemah yang dalam keadaan baik atau sudi pinjamkan duit untuk modal bolehlah hubungi saya.

Villa Nabila, ALLAH dedahkan realiti orang Melayu


Bila ALLAH izinkan seorang pengawal keselamatan menembak dengan kejam sampai mati seorang pegawai bank wanita, terdedahlah sindiket MyKad palsu yang terbesar serta mededahkan realiti betapa ramainya pendatang asing yang memiliki MyKad palsu.

Kini bila ALLAH izinkan seorang remaja 16 tahun tidur di rumah kawannya, ianya menunjukkan betapa bodohnya orang kita yang berlumba-lumba pergi tengok rumah yang mempunyai banyak jin dan syaitan tetapi tidak berlumba-lumba ke masjid dan surau yang mempunyai lebih banyak lagi bilangan malaikat.

Kepada mereka yang mempunyai twitter, Whatsapp, Facebook dan sebagainya, marilah kita seru rakan-rakan kita memenuhi masjid dan surau untuk solat jemaah dan mendengar majlis ilmu dengan pelbagai kisah-kisah ajaib para Nabi, para sahabat, para malaikat.

Jika tidak ALLAH akan izinkan lebih banyak lagi peristiwa-peristiwa yang membodohkan kita semua.

Remaja hilang di vila misteri dijumpai
19/11/2013 11:08am

JOHOR BAHRU - Remaja 16 tahun, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, yang dilaporkan hilang selepas masuk ke sebuah vila terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai di sini telah ditemui pagi ini. Remaja terbabit ditemui di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara di sini pukul 2 pagi. Ibu remaja berkenaan, Norhayati Mohamad, 38, ketika dihubungi pemberita mengesahkan anaknya itu telah ditemui. - KOSMO!

20131119

Naik kereta tak baca doa mudah kemalangan?



Eloklah ada pihak yang buat kajian kejuruteraan yang mengatakan kenderaan lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya. Mungkin ada baiknya kenderaan lebih 12 tahun tidak dibenarkan di jalan raya, kurang sikit kesesakan di lebuhraya terutama musim cuti perayaan.

Apa kata lepas ni pula pihak tertentu buat kajian dalam keadaan macamana orang Melayu lebih mudah mendapat kemalangan, antaranya ;

1. Berapa peratus kemalangan mangsa tidak baca doa naik kenderaan
2. Berapa peratus kemalangan mangsa tidak solat
3. Berapa peratus kemalangan mangsa tidak tutup aurat
4. Berapa peratus kemalangan mangsa main judi nombor ekor
5. Berapa peratus kemalangan mangsa derhaka kepada ibu bapa
6. …..
7. …..
8. …..
9. …..
10. ….

Ramai remaja perempuan terlanjur tapi tiada rumah perlindungan


Forum, ceramah agama di Negeri Sembilan kurang menekankan isu ini dan cara menanganinya kerana ada isu lain yang lebih besar yang perlu ditangani oleh para pendakwah, para ulama, para pak sheikh. Sekarang musim cuti sekolah, ibu bapa pergi kerja, siapa yang perhatikan gelagat anak-anak kita terutama yang ada remaja perempuan? Luahan kekecewaan saya isu ini saya nukilkan di http://waghih.blogspot.com/2012/11/ramai-remaja-terlanjur-tapi-tiada-rumah.html

713 REMAJA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
19 Nov 2013

TELOK KEMANG 18 Nov. - Statistik remaja mengandung anak luar nikah yang dikeluarkan seorang panel penasihat klinik kesihatan di negeri ini amat menakutkan apabila menunjukkan sebanyak 713 kes berkaitan itu berlaku pada tahun lalu dan yang paling muda terbabit adalah berusia 10 tahun.

Angka pada statistik tahun lalu itu juga amat mengejutkan apabila daripada usia 10 hingga 19 tahun remaja yang terlibat itu, sebanyak 70 peratus adalah dalam kalangan orang Melayu.

Menurut Penyelaras Panel Penasihat Klinik Kesihatan negeri, Dr. Suriyati Abdul Aziz, pada tahun 2007 hanya 413 kes remaja mengandung anak luar nikah diperoleh melalui klinik dan hospital kerajaan dalam negeri ini.

''Jumlah yang diterima itu hanya yang berdaftar dan kita tidak tahu jumlah mereka yang terlibat tetapi tidak berdaftar, di mana angkanya mungkin meningkat," katanya di Port Dickson, dekat sini hari ini.

20131118

Dapatkah 3 tokoh agama ini duduk semeja?


Umat Islam di Malaysia, terutamanya bangsa Melayu sedang menghadapi serangan akidah yang amat serius. Terlalu ramai bilangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah, lebih ramai lagi yang tidak solat, dah lah tak solat, gunakan sihir dalam perniagaan, gunakan sihir untuk memecah belahkan rumah tangga, menjadi pelanggan tetap kedai judi nombor berlesen.

Kes remaja hamil tak selesai-selesai. Saya seringkali dihubungi oleh mereka yang begitu mengharapkan untuk menghantar anak remaja perempuan mereka yang hamil ke rumah perlindungan. Tapi amat malang, kita di N.Sembilan boleh dikatakan tidak ada rumah perlindungan untuk remaja yang hamil luar nikah.

Dapatkah 3 tokoh agama ini duduk semeja dalam diskusi atau forum, atau setidak-tidaknya dalam munajat atau solat hajat untuk mencari jalan penyelesaian?

Jika tidak dapat, setidak-tidaknya pula Sheikh Fuad tumpu kepada umat Islam yang tidak berparti, Ustaz Fathul Bari tumpu kepada pemuda UMNO, Ustaz Nor Azman tumpu kepada pemuda PAS, agar semua pemuda yang tidak berparti, UMNO dan PAS memenuhi masjid dan surau di N.Sembilan setiap kali solat waktu dan majlis ilmu kerana terlalu amat banyak surau yang mati di N.Sembilan seperti mana yang saya nukilkan sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

KES REMAJA HAMIL LUAR NIKAH SERIUS

Bilangan kanak-kanak atau remaja perempuan bawah umur yang hamil luar nikah mencatat peningkatan mendadak apabila sebanyak 191 kes dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2013.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, jika trend tersebut berterusan, bilangan kes berkenaan sepanjang tahun ini dijangka jauh lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya.

"Sepanjang 2011, statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan sebanyak 204 kes kanak-kanak atau remaja bawah umur hamil dirujuk kepada pihak mereka manakala pada tahun lalu, sebanyak 172 kes.

Jika anak kita dapat 5A UPSR perlu banyak istighfar


Lanjutan isi ceramah Ustaz Khaidir bin Ngah di Surau Alamanda, Senawang ialah apabila kita mendapat nikmat atau kejayaan perlulah kita bertasbih, bertahmid dan beristighfar. Bila anak kita dapa 5A UPSR, 8A PMR dan seterusnya kita bukan hanya ucap Alhamdulillah kita juga kena banyak beristighfar.

Ini adalah kerana dalam usaha kita untuk membantu anak kita mendapat 5A UPSR mungkin anak kita tidak sempurna solat mereka, kita pula tidak sempat nak solat jemaah di masjid kerana sibuk menghantar anak kita ke tusyen terutamanya waktu maghrib dan isya.

Kalau umat Islam berjaya menakluki kota Mekah, ALLAH suruh Nabi saw dan para sahabat beristighfar banyak-banyak dan bertaubat, takkanlah setakat dapat 5A UPSR kita tak boleh nak suruh semua pelajar yang dapat 5A banyakkan beristighfar dan bertaubat?

Surah An-Nasr

1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
2. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,
3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Quran mengatakan matahari itu ialah bintang


Malam tadi Ustaz Khaidir bin Ngah, Imam Masjid Kuarters KLIA berceramah di Surau Alamanda, Senawang. Antara fakta yang mengejutkan ialah satu kajian ke atas pelajar Islam di sebuah IPTA yang mendapati 5 peratus pelajar IPTA tersebut mengatakan al Quran tidak relevan lagi pada zaman sekarang.

Pada pandangan saya ianya berpunca apabila ayat al Quran hanya dijadikan perhiasan di dinding rumah, dipertandingkan saban tahun akan kelunakan suara qari dan qariah tanpa difahami setiap huruf, setiap ayat setiap perkataan dalam al Quran untuk kita amalkan.

Mudah sahaja kita mengatakan al Quran ini relevan sampai akhirat dalam setiap sudut kehidupan kita. Satu ayat sudah cukup untuk membingungkan para intelektual, professor dan graduan IPTA.

Baca saja surah An Najm (Bintang) ayat yang pertama , “Demi bintang ketika terbenam”.

Kalau ikut akal kita yang bodoh ini, bila pula bintang terbenam, bukankah bintang itu sentiasa di atas langit. Tak pernah pun kita lihat bintang terbenam ! Rupa-rupanya, matahari itu adalah sebahagian daripada bintang, dan setiap hari kita lihat bintang yang bernama matahari ini terbenam.

Itu baru satu ayat ALLAH cabar kita, belum lagi lebih 6,000 ayat yang lain.

Kembalilah kepada Islam sepenuhnya, solatlah jemaah di masjid, hadirlah selalu majlis ilmu untuk memberi makanan kepada roh kita yang kelaparan dan kebuluran pada ketika ini. Kita ini hamba ALLAH, kita ini bodoh, ALLAH Maha Bijaksana.

******************
MATAHARI, BINTANG TERBAIK YANG KITA MILIKI

Matahari kita adalah sebuah bintang, yaitu bola gas panas raksasa yang mengeluarkan energi dan cahaya. Namun sebenarnya, Matahari termasuk bintang yang ukurannya biasa saja. Masih banyak bintang lain yang berukuran jauh lebih besar ataupun jauh lebih kecil darinya.

Matahari adalah bintang deret utama dengan kelas G2.

20131117

Jadilah kita peniaga dan pengguna yang warak

Sungguh seronok mengikuti kuliah subuh setiap Sabtu di Masjid Bandar Baru Senawang yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dato' Haji Arshad bin Abd Samad.

Sekarang ini membicarakan bab perniagaan dalam Islam.

Pada zaman Saidina Umar ra, mereka yang ingin berniaga di Madinah perlu terlebih dahulu faham masalah feqah dalam perniagaan barulah dibenarkan berniaga.

Teramatlah rugi mereka yang berniaga, untung yang mereka dapat hanyalah palsu sekiranya mengabaikan solat. Perhatikan peniaga Islam kita di pasar malam, di medan selera, di warung roti canai, warung burger, di kompleks perniagaan, berapa ramai yang solat apabila masuk waktu, tak kiralah samada di surau berhampiran atau di tepi warung mereka atau di tepi teksi?

Ustaz kata sebagai peniaga dan pengguna, kalau nak jadi peniaga dan pengguna yang warak perlulah kita berlebih kurang. Kalau peniaga yang warak dia akan dengan sukarela beri diskaun atau melebihkan timbangan.

Kita kalau nak jadi pengguna yang warak pula, kalau beli barang kurangkan timbangan, atau tidak mengambil duit lebih yang sedikit, 10 sen pun nak ambil, melainkan kita ini memang daif dan miskin.

Semalam beli barang di kedai bukan Islam di pekan Rembau, teringat kuliah subuh Ustaz Arshad, tak jadi saya nak ambil duit lebih dari peniaga bukan Islam berkenaan. Baru terfikir, kita secara tidak langsung boleh berdakwah kepada peniaga bukan Islam dalam perniagaan.

Kalau ramai pengguna Islam mengamalkan sikap ini, pasti akan ada peniaga bukan Islam tertarik dengan Islam dan dengan izin Allah akan dibuka pintu hidayah.

Saya nak cadangkan selepas ini agensi kerajaan yang ingin memberi pinjaman perniagaan kepada peniaga Islam baik melalui TEKUN, MARA, Majlis Agama dan sebagainya agar peniaga ini perlu lulus kursus etika perniagaan Islam yang antara modulnya ialah ;

1. Solat, kalau solat rezeki halal, kalau tak solat?
2. Jangan guna sihir untuk majukan perniagaan.
3. Jangan guna sihir untuk jatuhkan pesaing.
4. Lain-lain …..

Malaysia perlu penjawat awam soleh, bukan pintar


Untuk mensifarkan rasuah dan menyelamatkan negara, Malaysia perlukan kakitangan kerajaan Islam yang soleh bukannya pintar. Mereka yang soleh sudah pasti pintar, mereka yang pintar tidak semestinya soleh.

Mula tunding jari
17 Nov 2013

Isu pegawai imigresen di KLIA, LCCT disogok seludup warga asing

Kuala Lumpur: Pendedahan rasuah pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT), bagi ‘melepaskan’ warga asing yang menggunakan dokumen palsu, semalam menyebabkan beberapa pihak mula menuding jari.

Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mempersoalkan mengapa hanya imigresen dipersalahkan kerana tanggungjawab di pintu masuk turut membabitkan pihak berkuasa lain.

“Misalnya proses permohonan pekerja asing membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Tenaga Kerja dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA),” kata Penolong Setiausaha KPISM, Mohd Fauzi Jamaluddin.

20131115

Buat parang adalah warisan para Nabi, syukur ada di N.Sembilan


3 tahun lalu pada 10 Nov 2010 satu-satunya pembuat parang di N.Sembilan pada skala sederhana, Encik Zamri Wahid telah saya jemput datang ke Surau Alamanda, Senawang agar penduduk setempat menghargai bukan saja seni pembuatan senjata Melayu yang semakin dilupakan tetapi ianya adalah warisan para Nabi, iaitu Nabi Daud as dan Nabi Zulkarnain as yang pakar besi yang hingga ke hari ini tiada siapa dapat menandinginya.

Alhamdulillah, gembira saya tengok apabila Zamri sering keluar iklan usahawan berjaya di televisyen, apatah lagi dia orang N.Sembilan.

Saya harapkan lebih banyak agensi kerajaan dapat membantu beliau mengembangkan industri ini baik Majlis Agama Islam, kerajaan negeri, MARA dan sebagainya.

Semoga ada pihak yang prihatin agar meluluskan permohonan beliau untuk mendapatkan mesin robotik. Dengan berkembangknya industri ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, peluang perniagaan, peluang pelancongan di N.Sembilan dan yang paling penting ianya adalah warisan pekerjaan para Nabi iaitu Nabi Daud as dan Nabi Zulkarnain as, yang ilmu metalurgi mereka lebih canggih dari apa yang ada pada ketika ini.

********
Parang “Mentaus Crafts” ciptaan Zamri ke Amerika Syarikat
10 Nov 2013

The Malaysian Insider semalam mendekati seorang usahawan pembuatan parang, Zamri Wahid, 44, pewaris seni bakat turun-temurun daripada keluarganya.

Beliau mula memasarkan parang buatannya itu pada 2004 secara kecil-kecilan namun pada 2007 produknya mendapat perhatian global apabila pemasaran secara atas talian menjadi satu inisiatif baru.

Atas pendekatannya itu, seni pembuatan parang Melayu turut mendapat perhatian warga Amerika Syarikat, Poland, Australia dan Rusia.

“Namun pelanggan asing yang ramai membeli secara atas talian datangnya dari Brunei dan Singapura disebabkan latar budaya yang hampir sama.

“Atas kekangan masa yang banyak dihabiskan di bengkel pada siang hari, saya membuat promosi di internet pada sebelah malam melalui blog http://zamri-tukangparang.blogspot.com dan laman Facebook peribadi.
parang mentaus

Penerima Anugerah Tukang Ulung 2012 Kraftangan Malaysia tersebut turut berazam untuk meningkatkan kualiti produknya selain berharap pembuatan parang yang dilakukan secara tradisi hari ini mampu diambil alih oleh mesin sepenuhnya.

Katanya, dengan keupayaan mesin, harga jualan parang dapat dikurangkan selain kuantitinya juga dapat ditingkatkan.

“Saya pernah mengemukakan cadangan kepada agensi kerajaan bagi mendapatkan bantuan mesin robotik namun masih belum mendapat jawapan hingga ke hari ini.

“Ketelitian hasil kerja mesin terbukti apabila kita melihat sendiri parang buatan Amerika Syarikat yang ternyata lebih kemas dan berkualiti,” katanya yang mengakui pembuatan parang secara konvensional memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Bilakah orang Melayu akan bebas dari amalan sihir?


Masih ada orang Melayu menggunakan sihir dalam kerjaya mereka, dalam perniagaan, dalam politik dan sebagainya. Apakah mereka tidak percaya ALLAH yang memberi rezeki? Kerja dakwah kita masih terlalu banyak untuk menyedarkan orang kita agar hanya bergantung harap pada ALLAH sepenuhnya, yakin rezeki itu dari ALLAH.

Sihir kedai pesaing
15 Nov 2013

Johor Bahru: Doa seorang peniaga agar Allah memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj perniagaannya termakbul apabila dia mencekup pesaingnya sedang mengenakan ilmu hitam di kedainya di pusat penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berhampiran Pekan Rabu, di sini.

Abd Rahman Yusuf, 39, yang menjual makanan pada sebelah malam berkata, kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari Isnin lalu ketika dia bersama isteri, Sopiah Mat Hussain, 40, lalu di depan gerai mereka dengan kereta.

“Ketika lalu di depan gerai kami, saya dan isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki yang turut menjual makanan tidak jauh dari gerai kami memegang gayung berwarna biru dan menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai kami.

“Selepas memberhentikan kereta, saya melihat dengan jelas jiran niaga kami itu menaburkan garam dan beras kunyit di sekitar kawasan gerai kami,” katanya kepada Harian Metro, semalam.


API DALAM LAUT


“dan laut yang di dalam tanahnya ada api” , surah At Thuur – ayat ke 6.

Bagaimana seorang Nabi saw yang ummi tahu di dalam laut, di dasar laut ada api, ada magma, ada gunung berapi lebih 1400 tahun dahulu? Kembalilah kita kepada Islam sepenuhnya kalau kita hendak berjaya dunia dan akhirat. Takutlah ALLAH setakut-takutnya kalau kita hendakkan syurga dan tak nak sungguh-sungguh bukan setakat neraka malahan bahang api neraka. Banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi saw. Makmurkan surau dan masjid di tempat kita dengan solat jemaah, nescaya banyak masalah sosial, masalah jenayah di kejiranan kita akan berkurangan.

Jangan pandang enteng al Quran. Ilmu dalam al Quran lebih hebat dari mana-mana ilmu di universiti dulu, kini dan selamanya.

20131114

Sukarnya kekal haji mabrur, bab wuduk pun dah gagal


Haji mabrur atau sekurang-kurangnya haji maqbul, itu apa yang kita semua harapkan, tapi hanya ALLAH yang menentukan. Untuk mengekalkan amalan baik kita di tanah suci sekembalinya dari Malaysia sampai kita menghembuskan nafas yang terakhir juga menentukan samada mabrur, maqbul atau sebaliknya haji kita.

Kalau kita solat jemaah 5 waktu di masjid di tanah suci, di Malaysia juga kita perlu kekalkan solat jemaah 5 waktu di masjid atau surau.

Tapi ada satu bab yang saya sendiri terlepas pandang, hinggalah diperingatkan oleh isteri. Iaitu bab jimat air semasa ambil wuduk.

Pili air wuduk di Masjid Nabi, kita pulas macamana kuat pun, airnya akan mengalir perlahan saja. Boleh pula ambil wuduk dengan air yang sedikit dan perlahan.

Sampai Malaysia, tengok orang keliling laju saja air ambil wuduk, kita pun terikut sama.

Kenalah beringat lepas ni, supaya buka pili air tu pada tahap yang paling sedikit ketika ambil wuduk, yang penting meratakan air ke anggota wuduk.

Tak kiralah dah pergi haji atau belum pergi haji, marilah kita ikut cara Nabi saw dengan berjimat ketika mengambil wuduk, tak kiralah kita ni kaya raya, gaji berpuluh ribu sebulan, jimat tetap jimat, bukan kedekut, bukan kerana bil air mahal, yang penting kita berjimat kerana ikut cara Nabi saw, kerana sayangkan Nabi saw.

Yang balik haji baru-baru ini atau dah bertahun-tahun balik haji, harap kita ambil wuduk seperti di Masjid Nabi dan Masjdil Haram agar kemabruran atau kemaqbulan haji kita berkekalan.

Itu baru bab wuduk, belum lagi bab aurat, bab baca Quran, solat sunat, menegakkan syariat Islam dan seterusnya.

Semoga ada pihak dapat mencipta pili air yang murah dari plastik yang pulas macamana pun airnya perlahan untuk di pasang di tempat wuduk masjid-masjid dan surau-surau seluruh Malaysia.

Jalan-jalan di langit


“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan” ; (Adz Dzariyaat “Angin Yang Menerbangkan” - 7)

Striking kaleidoscopic images capture flight paths over America

Artist Aaron Koblin uses data from the US Federal Aviation Administration to illustrate the paths of aircraft as they soar over the continent during a 24-hour period.

Quran lebih 1400 tahun lalu menceritakan laluan kapalterbang dan roket?


Surah Adz Dzariyaat ayat yang ke 7 ; “Demi langit yang mempunyai jalan-jalan”, pada nota bawah al Quran menyebut yang dimaksud dengan jalan-jalan ialah garis edar bintang-bintang dan planet-planet.

Saya bukan ahli tafsir, saya bukan ahli falak, bukan ahli aeronotik. Saya harapkan ahli tafsir dan ahli sains Islam dapat meneliti lebih lanjut ayat ini.

Ini adalah kerana kapalterbang dan roket juga perlu mengikuti jalan-jalan tertentu di langit, laluan penerbangan tertentu, ketinggian tertentu, garislintang garisbujur tertentu untuk terbang atau pergi ke angkasa lepas.

Apakah binatang Buraq yang membawa kekasih kita Nabi Muhammad saw perlu juga melalui jalan-jalan tertentu di langit untuk terbang dari Mekah ke Palestin kemudian naik ke langit?

Itu sebabnya subjek Pendidikan Islam perlu dijadikan wajib lulus SPM, kerana fakta sejarah dalam al Quran lebih banyak dari subjek Sejarah itu sendiri. Fakta sains dalam al Quran mendahului mana-mana saintis di dunia ini.

Adz Dzaariyat bermaksud “Angin Yang Menerbangkan”.

ALLAH Maha Bijaksana, kita bodoh.

20131113

Rembau semakin maju, tapi orang Rembau tak nak duduk Rembau


Stesen keretapi Rembau telah dinaiktaraf. Servis komuter telah bermula di stesen Rembau. Mereka yang kerja di KL boleh berulang alik dari Rembau naik komuter. Tapi sayang, ramai orang Rembau tak nak duduk Rembau, sedangkan nilai hartanah di Rembau ini semakin meningkat.

Rumah teres 2 tingkat di Rembau ketika ini hampir mencecah setengah juta ringgit. Bukan di Rembau saja, malahan di sepanjang stesen laluan landasan keretapi berkembar harga rumah pun semakin mahal, di Gemas, di Gemenceh.

Tapi orang kita tak sedar, mereka lebih gemar tinggal di ibu kota, di rumah pangsa yang sempit, yang bertingkat-tingkat tingginya, yang kemudahan lifnya adakalanya rosak. Separuh mungkin tiada pilihan untuk tinggal di rumah pangsa ini.

Tapi separuh ada pilihan, ada tanah di kampung.

Akhirnya yang membeli rumah-rumah di Rembau yang mencecah setengah juta ringgit ini, tak lama lagi mungkin RM1 juta ialah orang luar, bukan orang Rembau, bukan orang N.Sembilan.

Orang luar Rembau ini kemudian akan beli pula tanah-tanah ladang, tanah kebun, tanah getah, tanah kampung di Rembau.

Silap haribulan orang luar Rembau ini akan beli pula tanah adat apabila status tanah adat ini akan ditukar status ke tanah perumahan.

Akhirnya anak cucu orang Rembau yang tinggal di ibukota akan beli pula rumah pangsa yang akan didirikan di Rembau pada masa akan datang mungkin pada harga setengah juta ringgit kerana nak beli apartment di ibukota pada ketika itu mungkin harganya sampai RM2 juta atau lebih.

Ini semua boleh berlaku kerana Rembau dah ada stesen komuter, tak lama lagi keretapi elektrik akan lalu Rembau, keretapi laju pun akan lalu Rembau.

Tapi kita orang Rembau , orang beradat , tidak dapat nak selesaikan masalah tanah adat yang terbiar. Tidak dapat membangunkan tanah adat untuk dijadikan projek perumahan khusus untuk anak cucu orang Rembau.

“Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”

Subjek Sejarah lebih penting dari Pendidikan Islam?


Bilakah agaknya subjek Pendidikan Islam akan jadi subjek wajib lulus SPM untuk calon SPM yang beragama Islam ketika negara dilanda dengan pelbagai serangan akidah dan ajaran sesat? Walhal dalam al Quran ada lebih banyak cerita sejarah dari subjek Sejarah itu sendiri.

Subjek Sejarah wajib lulus SPM

Kerajaan mengambil keputusan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 bagi mengatasi masalah pelajar yang kurang berpengetahuan sehingga menyalah tafsir fakta sejarah negara.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, melalui penghayatan sejarah negara, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara ini bagi mewujudkan semangat perpaduan, perasaan cinta kepada negara, seterusnya menjunjung kedaulatan negara.

REHLAH REMAJA




PASTI AL AIN , REMBAU



20131112

Ceramah Maal Hijrah 17 Nov 2013 Surau Alamanda


CERAMAH MAAL HIJRAH
Penceramah : Ustaz Khaidir bin Ngah
Tarikh : 17 Nov 2013, AHAD
Masa : 7.30 mlm, selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


20131111

Kuliah Penawar Hati 12 Nov 2013


KULIAH MAGHRIB
Tajuk : Penawar Hati
Penyampai kuliah : Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Haidir bin Haji Mohd Isa
Tarikh : 12 November 2013, Selasa
Masa : 7.15 mlm, Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Kes kecurian basikal di surau, masjid telah bermula


Abang Fuad sebelum solat subuh tadi memberitahu, waktu maghrib semalam 2 buah basikal milik anak-anak taman ini telah dicuri di perkarangan Surau Taman Alamanda, Senawang.

Abang Fuad juga memberitahu dia sebelum ini ada menangkap remaja sekolah rendah merokok dalam surau dan mencucuh api puntung rokok pada karpet surau.

Minggu depan cuti sekolah. Anak-anak kita ini panjang akal mereka waktu cuti sekolah kalau mereka tidak diisikan dengan aktiviti yang bermanafaat terutamanya solat jemaah di surau/masjid, baca Al Quran dan sebagainya.

Kalau kita sebagai ibu bapa nak lihat anak kita selalu solat di surau/masjid, selalu baca Al Quran, hendak mereka taat kepada kita, kita pun hendaklah selalu solat di surau/masjid, selalu baca Al Quran dan taat ibu bapa kita sendiri iaitu atok dan nenek kepada anak-anak kita.

Kepada ahli SRS Rukun Tetangga, dalam kita sibuk melakukan rondaan pada waktu malam, jangan kita lupa perhatikan gelagat anak-anak kita sendiri, terutama pada waktu siang, pada waktu kita pergi kerja, pada waktu kita cuti sekolah.

Kita takut keselamatan waktu kita buat rondaan terjamin, tapi yang masalahnya ialah pada waktu siang, apatah lagi yang akan mengajar anak-anak kita buat benda tak baik ialah kawan-kawan mereka, walhal anak-anak kita depan kita bukan main alim dan baik sekali.

20131110

KURSUS BAHASA ARAB SEMPENA CUTI SEKOLAH

KURSUS BAHASA ARAB SEMPENA CUTI SEKOLAH
Tarikh : Bermula 24 Nov 2013
Tempat : Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek, N.Sembilan
Tempat terhad
Untuk pendaftaran sila hubungi Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 012-3752240
Anjuran : Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim http://madrasahbongek.blogspot.com

Kelas Feqah dan Hafazan sempena cuti sekolah ini telah penuh.

MAJLIS BERKHATAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

MAJLIS BERKHATAN SEMPENA CUTI SEKOLAH
Tarikh : 23 Nov 2013
Tempat : Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek, N.Sembilan
Tempat terhad
Untuk pendaftaran sila hubungi Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 012-3752240
Anjuran : Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim http://madrasahbongek.blogspot.com

Apabila golongan tinggi ilmu agama bersengketa, kita pening kepala


Saya merasa amat sedih apabila ada golongan tinggi ilmu agama bersengketa sesama mereka. Sengketa mereka bukan kerana fahaman politik kerana mereka dari kumpulan yang sama, yang kuat amal ibadah mereka, yang banyak zikir mereka.

Saya juga merasa malu sekiranya sengketa mereka ini diketahui umum, kerana ianya amat amat merugikan umat Islam khususnya bangsa Melayu.

Saya harapkan dan doakan golongan yang bersengketa ini agar sekali sekala keluar dari kelompok mereka, cuba perhatikan di luar sana betapa ramai lagi orang Melayu yang tidak solat, tak tahu mengucap dua kalimah syahadah pun ada, yang derhaka dengan ibu bapa, yang berzina dan pelbagai lagi permasalahan umat Islam masa kini.

Andaikata kita tumpukan kepada masalah umat Islam di sekeliling kita, nescaya kita tidak ada masa bersengketa sesama kita, apatah lagi jika mereka ini dari golongan yang tinggi ilmu agama mereka, banyak zikir mereka.

Kepada mereka khususnya di Negeri Sembilan yang tahu masalah ini, sama-samalah kita doakan agar persengketaan golongan ini akan berakhir dengan baik, hanya semata-mata mengharapkan redha ALLAH.

Kepada kita yang sering bertanya kenapa umat Islam tidak bersatu untuk menentang kezaliman di negara umat Islam yang tertindas, jawapannya ada di Negeri Sembilan, tidak perlu pergi jauh ke Palestin atau Arab Saudi.