Saya merasa amat sedih apabila ada
golongan tinggi ilmu agama bersengketa sesama mereka. Sengketa mereka
bukan kerana fahaman politik kerana mereka dari kumpulan yang sama,
yang kuat amal ibadah mereka, yang banyak zikir mereka.
Saya juga merasa malu sekiranya
sengketa mereka ini diketahui umum, kerana ianya amat amat merugikan
umat Islam khususnya bangsa Melayu.
Saya harapkan dan doakan golongan yang
bersengketa ini agar sekali sekala keluar dari kelompok mereka, cuba
perhatikan di luar sana betapa ramai lagi orang Melayu yang tidak
solat, tak tahu mengucap dua kalimah syahadah pun ada, yang derhaka
dengan ibu bapa, yang berzina dan pelbagai lagi permasalahan umat
Islam masa kini.
Andaikata kita tumpukan kepada masalah
umat Islam di sekeliling kita, nescaya kita tidak ada masa
bersengketa sesama kita, apatah lagi jika mereka ini dari golongan
yang tinggi ilmu agama mereka, banyak zikir mereka.
Kepada mereka khususnya di Negeri
Sembilan yang tahu masalah ini, sama-samalah kita doakan agar
persengketaan golongan ini akan berakhir dengan baik, hanya
semata-mata mengharapkan redha ALLAH.
Kepada kita yang sering bertanya kenapa
umat Islam tidak bersatu untuk menentang kezaliman di negara umat
Islam yang tertindas, jawapannya ada di Negeri Sembilan, tidak perlu
pergi jauh ke Palestin atau Arab Saudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan