Masih ada orang Melayu menggunakan
sihir dalam kerjaya mereka, dalam perniagaan, dalam politik dan
sebagainya. Apakah mereka tidak percaya ALLAH yang memberi rezeki?
Kerja dakwah kita masih terlalu banyak untuk menyedarkan orang kita
agar hanya bergantung harap pada ALLAH sepenuhnya, yakin rezeki itu
dari ALLAH.
Sihir kedai pesaing
15 Nov 2013
Johor Bahru: Doa seorang peniaga agar
Allah memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj
perniagaannya termakbul apabila dia mencekup pesaingnya sedang
mengenakan ilmu hitam di kedainya di pusat penjaja Majlis Bandaraya
Johor Bahru (MBJB) berhampiran Pekan Rabu, di sini.
Abd Rahman Yusuf, 39, yang menjual
makanan pada sebelah malam berkata, kejadian berlaku jam 1.30 tengah
hari Isnin lalu ketika dia bersama isteri, Sopiah Mat Hussain, 40,
lalu di depan gerai mereka dengan kereta.
“Ketika lalu di depan gerai kami,
saya dan isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki yang turut
menjual makanan tidak jauh dari gerai kami memegang gayung berwarna
biru dan menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai kami.
“Selepas memberhentikan kereta, saya
melihat dengan jelas jiran niaga kami itu menaburkan garam dan beras
kunyit di sekitar kawasan gerai kami,” katanya kepada Harian Metro,
semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan