KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131114

Quran lebih 1400 tahun lalu menceritakan laluan kapalterbang dan roket?


Surah Adz Dzariyaat ayat yang ke 7 ; “Demi langit yang mempunyai jalan-jalan”, pada nota bawah al Quran menyebut yang dimaksud dengan jalan-jalan ialah garis edar bintang-bintang dan planet-planet.

Saya bukan ahli tafsir, saya bukan ahli falak, bukan ahli aeronotik. Saya harapkan ahli tafsir dan ahli sains Islam dapat meneliti lebih lanjut ayat ini.

Ini adalah kerana kapalterbang dan roket juga perlu mengikuti jalan-jalan tertentu di langit, laluan penerbangan tertentu, ketinggian tertentu, garislintang garisbujur tertentu untuk terbang atau pergi ke angkasa lepas.

Apakah binatang Buraq yang membawa kekasih kita Nabi Muhammad saw perlu juga melalui jalan-jalan tertentu di langit untuk terbang dari Mekah ke Palestin kemudian naik ke langit?

Itu sebabnya subjek Pendidikan Islam perlu dijadikan wajib lulus SPM, kerana fakta sejarah dalam al Quran lebih banyak dari subjek Sejarah itu sendiri. Fakta sains dalam al Quran mendahului mana-mana saintis di dunia ini.

Adz Dzaariyat bermaksud “Angin Yang Menerbangkan”.

ALLAH Maha Bijaksana, kita bodoh.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuba saudara check Surah Saba ayat 13 - "Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."

Bukan kah periuk periuk besar yang tetap diatas tungku...itu flying saucer ? Terjemahan yang awal saya tak pasti. Kisah Nabi Sulaiman dalam surah ini. Mungkin saya salah.