KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131115

Buat parang adalah warisan para Nabi, syukur ada di N.Sembilan


3 tahun lalu pada 10 Nov 2010 satu-satunya pembuat parang di N.Sembilan pada skala sederhana, Encik Zamri Wahid telah saya jemput datang ke Surau Alamanda, Senawang agar penduduk setempat menghargai bukan saja seni pembuatan senjata Melayu yang semakin dilupakan tetapi ianya adalah warisan para Nabi, iaitu Nabi Daud as dan Nabi Zulkarnain as yang pakar besi yang hingga ke hari ini tiada siapa dapat menandinginya.

Alhamdulillah, gembira saya tengok apabila Zamri sering keluar iklan usahawan berjaya di televisyen, apatah lagi dia orang N.Sembilan.

Saya harapkan lebih banyak agensi kerajaan dapat membantu beliau mengembangkan industri ini baik Majlis Agama Islam, kerajaan negeri, MARA dan sebagainya.

Semoga ada pihak yang prihatin agar meluluskan permohonan beliau untuk mendapatkan mesin robotik. Dengan berkembangknya industri ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, peluang perniagaan, peluang pelancongan di N.Sembilan dan yang paling penting ianya adalah warisan pekerjaan para Nabi iaitu Nabi Daud as dan Nabi Zulkarnain as, yang ilmu metalurgi mereka lebih canggih dari apa yang ada pada ketika ini.

********
Parang “Mentaus Crafts” ciptaan Zamri ke Amerika Syarikat
10 Nov 2013

The Malaysian Insider semalam mendekati seorang usahawan pembuatan parang, Zamri Wahid, 44, pewaris seni bakat turun-temurun daripada keluarganya.

Beliau mula memasarkan parang buatannya itu pada 2004 secara kecil-kecilan namun pada 2007 produknya mendapat perhatian global apabila pemasaran secara atas talian menjadi satu inisiatif baru.

Atas pendekatannya itu, seni pembuatan parang Melayu turut mendapat perhatian warga Amerika Syarikat, Poland, Australia dan Rusia.

“Namun pelanggan asing yang ramai membeli secara atas talian datangnya dari Brunei dan Singapura disebabkan latar budaya yang hampir sama.

“Atas kekangan masa yang banyak dihabiskan di bengkel pada siang hari, saya membuat promosi di internet pada sebelah malam melalui blog http://zamri-tukangparang.blogspot.com dan laman Facebook peribadi.
parang mentaus

Penerima Anugerah Tukang Ulung 2012 Kraftangan Malaysia tersebut turut berazam untuk meningkatkan kualiti produknya selain berharap pembuatan parang yang dilakukan secara tradisi hari ini mampu diambil alih oleh mesin sepenuhnya.

Katanya, dengan keupayaan mesin, harga jualan parang dapat dikurangkan selain kuantitinya juga dapat ditingkatkan.

“Saya pernah mengemukakan cadangan kepada agensi kerajaan bagi mendapatkan bantuan mesin robotik namun masih belum mendapat jawapan hingga ke hari ini.

“Ketelitian hasil kerja mesin terbukti apabila kita melihat sendiri parang buatan Amerika Syarikat yang ternyata lebih kemas dan berkualiti,” katanya yang mengakui pembuatan parang secara konvensional memerlukan ketelitian dan kesabaran.

Tiada ulasan: