KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131117

Jadilah kita peniaga dan pengguna yang warak

Sungguh seronok mengikuti kuliah subuh setiap Sabtu di Masjid Bandar Baru Senawang yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Dato' Haji Arshad bin Abd Samad.

Sekarang ini membicarakan bab perniagaan dalam Islam.

Pada zaman Saidina Umar ra, mereka yang ingin berniaga di Madinah perlu terlebih dahulu faham masalah feqah dalam perniagaan barulah dibenarkan berniaga.

Teramatlah rugi mereka yang berniaga, untung yang mereka dapat hanyalah palsu sekiranya mengabaikan solat. Perhatikan peniaga Islam kita di pasar malam, di medan selera, di warung roti canai, warung burger, di kompleks perniagaan, berapa ramai yang solat apabila masuk waktu, tak kiralah samada di surau berhampiran atau di tepi warung mereka atau di tepi teksi?

Ustaz kata sebagai peniaga dan pengguna, kalau nak jadi peniaga dan pengguna yang warak perlulah kita berlebih kurang. Kalau peniaga yang warak dia akan dengan sukarela beri diskaun atau melebihkan timbangan.

Kita kalau nak jadi pengguna yang warak pula, kalau beli barang kurangkan timbangan, atau tidak mengambil duit lebih yang sedikit, 10 sen pun nak ambil, melainkan kita ini memang daif dan miskin.

Semalam beli barang di kedai bukan Islam di pekan Rembau, teringat kuliah subuh Ustaz Arshad, tak jadi saya nak ambil duit lebih dari peniaga bukan Islam berkenaan. Baru terfikir, kita secara tidak langsung boleh berdakwah kepada peniaga bukan Islam dalam perniagaan.

Kalau ramai pengguna Islam mengamalkan sikap ini, pasti akan ada peniaga bukan Islam tertarik dengan Islam dan dengan izin Allah akan dibuka pintu hidayah.

Saya nak cadangkan selepas ini agensi kerajaan yang ingin memberi pinjaman perniagaan kepada peniaga Islam baik melalui TEKUN, MARA, Majlis Agama dan sebagainya agar peniaga ini perlu lulus kursus etika perniagaan Islam yang antara modulnya ialah ;

1. Solat, kalau solat rezeki halal, kalau tak solat?
2. Jangan guna sihir untuk majukan perniagaan.
3. Jangan guna sihir untuk jatuhkan pesaing.
4. Lain-lain …..

Tiada ulasan: