Lanjutan isi ceramah Ustaz Khaidir bin
Ngah di Surau Alamanda, Senawang ialah apabila kita mendapat nikmat
atau kejayaan perlulah kita bertasbih, bertahmid dan beristighfar.
Bila anak kita dapa 5A UPSR, 8A PMR dan seterusnya kita bukan hanya
ucap Alhamdulillah kita juga kena banyak beristighfar.
Ini adalah kerana dalam usaha kita
untuk membantu anak kita mendapat 5A UPSR mungkin anak kita tidak
sempurna solat mereka, kita pula tidak sempat nak solat jemaah di
masjid kerana sibuk menghantar anak kita ke tusyen terutamanya waktu
maghrib dan isya.
Kalau umat Islam berjaya menakluki kota
Mekah, ALLAH suruh Nabi saw dan para sahabat beristighfar
banyak-banyak dan bertaubat, takkanlah setakat dapat 5A UPSR kita tak
boleh nak suruh semua pelajar yang dapat 5A banyakkan beristighfar
dan bertaubat?
Surah An-Nasr
1. Apabila datang pertolongan Allah dan
kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri
Makkah), -
2. Dan engkau melihat manusia masuk
dalam agama Allah beramai-ramai,
3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji
Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima
taubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan