Malam tadi Ustaz Khaidir bin Ngah, Imam
Masjid Kuarters KLIA berceramah di Surau Alamanda, Senawang. Antara
fakta yang mengejutkan ialah satu kajian ke atas pelajar Islam di
sebuah IPTA yang mendapati 5 peratus pelajar IPTA tersebut mengatakan
al Quran tidak relevan lagi pada zaman sekarang.
Pada pandangan saya ianya berpunca
apabila ayat al Quran hanya dijadikan perhiasan di dinding rumah,
dipertandingkan saban tahun akan kelunakan suara qari dan qariah
tanpa difahami setiap huruf, setiap ayat setiap perkataan dalam al
Quran untuk kita amalkan.
Mudah sahaja kita mengatakan al Quran
ini relevan sampai akhirat dalam setiap sudut kehidupan kita. Satu
ayat sudah cukup untuk membingungkan para intelektual, professor dan
graduan IPTA.
Baca saja surah An Najm (Bintang) ayat
yang pertama , “Demi bintang ketika terbenam”.
Kalau ikut akal kita yang bodoh ini,
bila pula bintang terbenam, bukankah bintang itu sentiasa di atas
langit. Tak pernah pun kita lihat bintang terbenam ! Rupa-rupanya,
matahari itu adalah sebahagian daripada bintang, dan setiap hari kita
lihat bintang yang bernama matahari ini terbenam.
Itu baru satu ayat ALLAH cabar kita,
belum lagi lebih 6,000 ayat yang lain.
Kembalilah kepada Islam sepenuhnya,
solatlah jemaah di masjid, hadirlah selalu majlis ilmu untuk memberi
makanan kepada roh kita yang kelaparan dan kebuluran pada ketika ini.
Kita ini hamba ALLAH, kita ini bodoh, ALLAH Maha Bijaksana.
******************
MATAHARI, BINTANG TERBAIK YANG KITA
MILIKI
Matahari kita adalah sebuah bintang,
yaitu bola gas panas raksasa yang mengeluarkan energi dan cahaya.
Namun sebenarnya, Matahari termasuk bintang yang ukurannya biasa
saja. Masih banyak bintang lain yang berukuran jauh lebih besar
ataupun jauh lebih kecil darinya.
Matahari adalah bintang deret utama
dengan kelas G2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan