KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131119

Ramai remaja perempuan terlanjur tapi tiada rumah perlindungan


Forum, ceramah agama di Negeri Sembilan kurang menekankan isu ini dan cara menanganinya kerana ada isu lain yang lebih besar yang perlu ditangani oleh para pendakwah, para ulama, para pak sheikh. Sekarang musim cuti sekolah, ibu bapa pergi kerja, siapa yang perhatikan gelagat anak-anak kita terutama yang ada remaja perempuan? Luahan kekecewaan saya isu ini saya nukilkan di http://waghih.blogspot.com/2012/11/ramai-remaja-terlanjur-tapi-tiada-rumah.html

713 REMAJA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH
19 Nov 2013

TELOK KEMANG 18 Nov. - Statistik remaja mengandung anak luar nikah yang dikeluarkan seorang panel penasihat klinik kesihatan di negeri ini amat menakutkan apabila menunjukkan sebanyak 713 kes berkaitan itu berlaku pada tahun lalu dan yang paling muda terbabit adalah berusia 10 tahun.

Angka pada statistik tahun lalu itu juga amat mengejutkan apabila daripada usia 10 hingga 19 tahun remaja yang terlibat itu, sebanyak 70 peratus adalah dalam kalangan orang Melayu.

Menurut Penyelaras Panel Penasihat Klinik Kesihatan negeri, Dr. Suriyati Abdul Aziz, pada tahun 2007 hanya 413 kes remaja mengandung anak luar nikah diperoleh melalui klinik dan hospital kerajaan dalam negeri ini.

''Jumlah yang diterima itu hanya yang berdaftar dan kita tidak tahu jumlah mereka yang terlibat tetapi tidak berdaftar, di mana angkanya mungkin meningkat," katanya di Port Dickson, dekat sini hari ini.

Tiada ulasan: