KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131111

Kes kecurian basikal di surau, masjid telah bermula


Abang Fuad sebelum solat subuh tadi memberitahu, waktu maghrib semalam 2 buah basikal milik anak-anak taman ini telah dicuri di perkarangan Surau Taman Alamanda, Senawang.

Abang Fuad juga memberitahu dia sebelum ini ada menangkap remaja sekolah rendah merokok dalam surau dan mencucuh api puntung rokok pada karpet surau.

Minggu depan cuti sekolah. Anak-anak kita ini panjang akal mereka waktu cuti sekolah kalau mereka tidak diisikan dengan aktiviti yang bermanafaat terutamanya solat jemaah di surau/masjid, baca Al Quran dan sebagainya.

Kalau kita sebagai ibu bapa nak lihat anak kita selalu solat di surau/masjid, selalu baca Al Quran, hendak mereka taat kepada kita, kita pun hendaklah selalu solat di surau/masjid, selalu baca Al Quran dan taat ibu bapa kita sendiri iaitu atok dan nenek kepada anak-anak kita.

Kepada ahli SRS Rukun Tetangga, dalam kita sibuk melakukan rondaan pada waktu malam, jangan kita lupa perhatikan gelagat anak-anak kita sendiri, terutama pada waktu siang, pada waktu kita pergi kerja, pada waktu kita cuti sekolah.

Kita takut keselamatan waktu kita buat rondaan terjamin, tapi yang masalahnya ialah pada waktu siang, apatah lagi yang akan mengajar anak-anak kita buat benda tak baik ialah kawan-kawan mereka, walhal anak-anak kita depan kita bukan main alim dan baik sekali.

Tiada ulasan: