KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130224

Adab mesyuarat, saya malu dengan orang kafir


Ada kalanya saya merasa malu dengan rakan-rakan sekerja saya dan majikan saya yang bukan beragama Islam dalam bab mereka mengendalikan mesyuarat. Saya bekerja di sebuah syarikat multinasional yang begitu menekan aspek integriti dan ketelusan. Bos tempat saya kerja apabila mengendalikan mesyuarat tidak pernah saya nampak menempik-nempik, menghempas-hempas meja ketika mesyuarat.

Apabila bos tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara, dia menggunakan nada yang amat serius, tetapi tidak menempik-nempik, menghempas meja, bertegang urat dan sebagainya.

Berbeza apabila saya dengar cerita rakan-rakan yang bekerja di jabatan kerajaan. Ada segelintir kecil bos di jabatan kerajaan ini amat garang dengan kakitangannya apabila bermesyuarat, walhal mereka sesama Melayu, sesama Islam.

Bukan setakat jabatan kerajaan sahaja, bahkan apa yang menyedihkan ada institusi agama Islam, pertubuhan agama Islam yang bertegang urat dalam mesyuarat, menempik-nempik, menumbuk meja.

Malu saya, malu saya sebagai orang Islam melihat gelagat segelintir orang Melayu, orang Islam apabila mengendalikan mesyuarat atau bermesyuarat.

Macamana kita hendak memikat orang bukan Islam , sedangkan adab orang bukan Islam dalam bermesyuarat lebih baik dari adab sesetengah orang Islam itu sendiri?

Alhamdulillah semalam saya baru selesai bermesyuarat AJK PIBG dalam suasana yang harmoni, ringkas dan padat, walaupun dalam AJK PIBG tersebut terdiri dari mereka yang pelbagai fahaman parti politik yang berbeza dan berlawanan, tetapi dalam mesyuarat kita bersama mencari penyelesaian untuk kebaikan para pelajar.

Tiada ulasan: