Malam tadi saya sempat menghadiri
majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau Kg Chenong, Chengkau, Rembau.
Penceramahnya ialah Ustaz Zakaria Talib dari Kg Air Melintang yang
juga merupakan ayah saudara kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Ustaz
Zakaria Talib pada tahun 1990an hampir ditangkap ISA di Rembau,
hampir dibunuh, diboikot, dicemuh, walhal ceramah beliau tidak pernah
sentuh isu politik. Ceramah Ustaz Zakaria cukup ringkas dan banyak
menyuruh jemaah supaya berselawat dan mengamalkan sunah Nabi.
Malam tadi ceramah beliau ringkas saja,
beliau mengupas isu perlu berhias, pakai pakaian yang paling cantik
apabila ke masjid, ke surau atau apabila kita menunaikan solat. Ini
adalah suruhan Allah dalam al Quran, Surah Al A'raah, Ayat ke 31 :
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian
kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat
(atau mengerjakan sembahyang).
Seruan berpakaian cantik apabila ke
masjid atau sembahyang ini menurut Ustaz Zakaria bukan hanya untuk
orang beriman, tapi untuk semua anak-anak Adam, tak kiralah dia
munafik ke, fasik ke, asi ke, zalim ke dan sebagainya.
Ustaz Zakaria ni kalau ceramah , ambil
satu dua topik sahaja. Ceramah dia seolah-olah menghentam sesetengah
jemaah yang hadir, termasuk saya sendiri. Tapi saya tak kisah, lagi
Ustaz Zakaria tegur saya macam-macam, kritik saya macam-macam, lagi
saya kasih dan sayang pada Ustaz Zakaria.
Adakalanya dia ceramah pasal susun
kasut tak lurus apabila masuk surau, semua jemaah terasa. Adakalanya
sentuh pasal mereka yang hisap rokok.
Dah tanggungjawab dia sebagai ustaz
untuk menegur dan mengkritik kita, kalau betul, buat apa nak marah.
Kalau kita tak sanggup buat, biar sajalah.
Macam dia beratkan ikut sunnah pakai
jubah , pakai serban. Apa yang dia cakap memang betul, tapi dah kita
tak mampu buat, pakailah apa yang kita mampu pakai asalkan kemas,
bersih, halal.
Sebelum ni selalu orang buat hajat
untuk anak-anak untuk menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
Tapi malam tadi selepas solat Isya,
terus Ustaz Zakaria minta jemaah buat solat hajat agar jemaah mudah
untuk mengamalkan sunnah Nabi, mudah untuk berselawat.
Carilah ustaz-ustaz yang yang menegur
kesilapan kita, bukan hanya ustaz-ustaz yang menceritakan yang
baik-baik, yang seronok-seronok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan