KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130204

Orang susah, tak minta bantuan, kita yang perlu bantu



Encik Yaakob bin Eusof dari Kg Sentosa, Seremban bukanlah jiran saya, bukan kenalan saya, bukan orang kampung saya, dia cuma saudara seIslam. Saya kenal dia sekali sahaja kerana minta tolong dia potong rumput dan kemas perkarangan Surau Taman Alamanda, Senawang.

Dari maklumat yang saya terima, dia ni memang susah, tetapi tidak suka minta bantuan kewangan semata-mata, kerana dia tahu dia masih sihat, dan boleh mencari rezeki yang halal. Anaknya sebelum ini cemerlang PMR tahun 2011 dapat 9A dari SMK Pendeta Zaaba, kini belajar di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Saya dah lama tak hubungi dia, nombor telefon dia pun dah hilang, tiba-tiba dia SMS semalam seperti berikut : Salam, saya Yaakob yang encik bagi kerja surau alamanda dulu, nak tanya ada kerja apa-apa tak, dulu encik kata ada nak pagar dusun.

Saya pun balaslah balik SMS, nanti saya tanya emak saya dulu, sebab dusun tu emak saya yang uruskan.

Dia tak ada pun minta duit, tak ada pun cakap anak dia yang cemerlang amat perlukan duit, tak ada minta apa-apa. Cuma minta kerja, sebab dia boleh buat macam-macam kerja.

Saya pun relaxlah, tiba-tiba bila malam, baru saya nak lelapkan mata, ditakdirkan Allah, Encik Yaakob terhantar SMS yang ditujukan kepada anaknya di UiTM Puncak Alam seperti berikut : Akak bagi tau mak abah belum ada duit lagi nak bayar yuran semester 2 kat U, abah usahakan OK.

Saya dah agak dah , dia dah tersilap hantar SMS. Cepat-cepat dia minta maaf, hantar SMS dia tersilap hantar.

Esoknya saya telefon dia , tanya pasal kerja dusun tu, nantilah hujung minggu saya bawa dia ke Rembau tengok kawasan (site visit).

Saya tanya dia, apa lagi kerja dia boleh buat, dia kata dia boleh baiki rumah, sambung rumah, renovate rumah sikit-sikit, buat  pagar, baiki paip dan sebagainya.

Dalam saya berbual melalui telefon tu, tak ada dia kata dia nak pinjam duit, anak dia susah dan sebagainya.

Saya pun terus tanya, anak dia yang U tu dapat biasiswa tak. Dia kata UiTM ada bagi elaun , tapi elaun itu anak dia guna untuk beli lap top dan keperluan lain. Jadi dia kekurangan wang untuk bayar yuran untuk semestar 2.

Saya tanya anak dia ambil apa. Dia kata Pra Ijazah (Asasi) di UiTM Puncak Alam, masuk tahun 2012. Saya tanya berapa dia dapat CGPA. Katanya anaknya dapat 3.89 masa semester 1.

Saya tanya berapa yuran semester 2 yang tertunggak, katanya RM350. Masih dia tak minta nak duit juga.

Saya kata pada dia, nantilah saya cuba carikan kerja, atau carikan sesiapa boleh beri pinjam RM350 untuk dia bayar yuran anaknya untuk semester 2 di UiTM Puncak Alam, sementera dia dapat kerja.

Saya pun tanya, dia ada tak akaun bank.

Sesiapa yang boleh beri kerja pada Encik Yaakob atau boleh beri pinjam RM350 kepada Encik Yaakob untuk membayar yuran semester 2 anaknya di UiTM Puncak Alam, bolehlah menghubungi terus Encik Yaakob 014-7227603 atau salurkan terus ke Akaun Maybank, No 155126981912 atas nama Yaakob bin Eusof.

Ustaz Zakaria bin Talib suruh kita amalkan dan sebarkan mesej kasih sayang. Dengan kasih sayang rahmat Allah akan turun.

Tiada ulasan: