KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130214

Bulan Februari saya tak sambut Valentine, tapi sambut Jublinan



Setiap tahun pada bulan Februari saya dan isteri tidak menyambut Valentine tapi sebaliknya kami menyambut Jublinan (Jubli Perkahwinan atau Ulangtahun Perkahwinan), bukan pada 14 Februari tapi seminggu selepas itu, iaitu 21 Februari.

Alhamdulillah tahun ini , tahun ke 21 perkahwinan kami, mengikut kalender Masihi yang berpandukan peredaran kejadian Allah , iaitu matahari.

Disamping menyambut Jublinan, kami juga menyambut Jublilung, iaitu ulangtahun kelahiran anak kami yang sulung, juga pada tanggal 21 Feb. Kini usia beliau mencecah 20 tahun.

Sebenarnya hari-hari, kami menyambut hari kasih sayang, sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam, dengan menzahirkan kasih sayang kami kepada Allah, kepada Rasul, kepada kedua ibu bapa kami, serta kami sekeluarga setiap kali berdoa selepas solat.

Selamat Menyambut Hari Kasih Sayang pada setiap hari, setiap saat.

Sesungguhnya kasih sayang yang hakiki, ialah kasih sayang yang dengan rahmat Allah kita bersama ke syurga.

Tiada ulasan: