KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130202

Malaysia dikenali juga sebagai Land of Lightning


Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang kerap mendapat panahan petir. Beberapa info keselamatan dan peristiwa panahan petir sebelum ini terdapat di http://kilatmalaysia.blogspot.com

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra’ad :12-13)

5 pelajar terpelanting dipanah petir
2013/02/02

Taiping: Lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, di sini cedera, termasuk seorang melecur selepas disambar petir ketika berehat di tepi padang bola sekolah berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, semua pelajar berkenaan terpelanting sejauh dua meter dan menyebabkan dua daripada mereka iaitu pelajar Tingkatan Tiga, S Haresh, 15, dan pelajar Tingkatan Lima, R Dhenesh Kumar, 17, pengsan.

Petir menyambar kepala dan badan kiri Dhenesh Kumar mengakibatkan 30 peratus tubuhnya melecur. Dia belum sedarkan diri sehingga kini dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Taiping (HT).

Haresh yang terkena renjatan bagaimanapun sudah sedar dan dibenarkan pulang, manakala tiga lagi rakan mereka hanya mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital sama.
Menceritakan detik cemas itu, Haresh berkata, dia sedang berbual bersama empat rakannya di tepi padang bola sepak utama sekolah.
Tragedi ketika rehat

Keadaan cuaca sangat baik dan tidak menunjukkan tanda untuk hujan. Namun, tiba-tiba saja kilat menyambar menyebabkan kami terpelanting dari tempat berehat dan saya pengsan, katanya ketika ditemui di HT, semalam.
Sementara itu, bapa Dhenesh Kumar, P Ravindran, 50, berkata beliau bimbang kerana doktor memaklumkan keadaan anaknya parah dan peluang untuknya kembali pulih amat tipis.
Hancur hati saya apabila mendengar berita itu. Dia anak yang baik dan pelajar cemerlang di sekolah.
Dia satu-satunya harapan saya dan harap dia tidak patah semangat untuk teruskan kehidupan kerana kami sangat sayangkannya.
Saya tidak sanggup melihat dia terseksa melawan sakit dan berharap ada pakar mampu menyelamatkan nyawanya, katanya sambil menitiskan air mata.
Bapa Haresh, R Sokalingam, 47, pula berkata, dia bergegas pulang dari Kedah selepas dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah.
Saya lega mendapati dia masih hidup dan masih mampu tersenyum ketika pertama kali terpandang saya, katanya.



Tiada ulasan: