KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130216

Kesian kakitangan Imigresen Malaysia, derita mereka siapa yang tahu









Hari ini Sabtu 16 Feb 2013 saya dan isteri ke Jabatan Imigresen Malaysia di Seremban untuk urusan membuat pasport antarabangsa. Dah lama saya tak pergi ke Jabatan Imigresen ini, rasanya berpuluh tahun dah tak ke sana. Dulu saya datang dengan arwah ayah, masa tu walaupun tidak ada sistem komputer canggih, masih menggunakan borang, tiada pengambilan nombor secara otomatik, namun tidaklah perlu tunggu seharian untuk urusan pasport rasanya.

Jadi saya dan isteri ingat , mungkin hari ini telah berubah, perkhidmatan buat pasport mungkin makan masa sejam saja.

Sebaik kami keluar lif tingkat 2 Wisma Persekutuan, kami amat terperanjat, jam baru 8.15 pagi, tapi dah sesah sampai kawasan luar lif. Tak boleh nak masuk. Tak berjalan. Tak berapa lama kemudian kawasan sekitar lif sudah padat macam dalam tin sardin.

Sebelum tu di pintu masuk Wisma Persekutuan sudah tertulis Nombor Giliran untuk urusan pasport hanya sampai 150 sahaja hari ini. Dalam fikiran saya , dapat ke tak nombor ni, orang dah padat, yang dalam pejabat imigresen saya tak nampak lagi berapa ramai.

Kami pun berhimpit-himpitlah masuk, kekadang terangkat juga pada ada yang tolak dari belakang.

Kesian tengok orang tua, warga emas, ibu yang bawa anak kecil, pakcik yang pakai kopiah putih 1Malaysia pun turut berhimpit-himpit untuk mendapatkan nombor giliran.

Dalam masa berhimpit tu ada kedengaran , ada yang mengeluh ini hari kedua, hari ketiga dia datang keadaan macam ni, sesak.

Ada pula yang kata dia datang tunggu nombor giliran sejak pukul 5 pagi.

Apabila menghampiri kaunter nombor kesian tengok kakitangan imigresen memberi penerangan dan nasihat supaya tidak potong barisan dan menolak-nolak.

Apabila hampir sampai giliran saya, nombor dah nak sampai 150, saya dah rasa kecewa, kena datang pula hari lain.

Tapi kakitangan imigresen tadi minta orang ramai beratur lurus, dia nak tolong tengok sampai berapa boleh beri nombor.

Alhamdulillah akhirnya saya dapat nombor 163 pada jam 9.14 pagi. Saya pun mencongak, kalau 1 jam , boleh selesai urusan 20 orang, jadi saya punya mungkin lepas 12 tengahari.

Kami pun keluarlah dulu , isi perut. Akhirnya urusan kami selesai sekitar jam 1.20 ptg. Selesai hantar borang je, pasport kena datang pula minggu depan untuk ambil. Untuk ambil pasport ada kaunter lain, tak perlu bersesak.

Kesian tengok orangramai yang datang bersesak-sesak, termasuk pakcik yang pakai kopiah putih 1Malaysia, merungut-rungut pakcik tadi, kata perut dia dah lapar sangat.

Lagi kesian saya rasa kakitangan imigresen, rasanya mereka dari sebelum pukul 8 pagi hingga jam lebih 2 petang terpaksa bekerja, tanpa banyak keluhan. Mereka hanya menurut perintah. Walhal hari Sabtu waktu pejabat sepatutnya sampai 1 petang sahaja.

Kuasa untuk menambah kakitangan imigresen bukan di tangan mereka, kerana ianya melibatkan kos.

Kuasa untuk menambah waktu perkhidmatan, sampai ke petang, atau sampai ke malam seperti nightcourt bukan di tangan mereka, kerana ianya melibatkan kos.

Kuasa untuk menambah kaunter juga bukan di tangan mereka.

Kuasa untuk menambah pejabat imigresen juga bukan di tangan mereka. Mereka hanya menurut perintah.

Satu perkara yang amat pelik ialah kos buat pasport antarabangsa, untuk 2 tahun RM100, untuk 5 tahun RM300. Tak ke pelik, beli sikit murah, beli banyak mahal. Beli kuih 2 biji 10 sen, beli kuih 5 biji 30 sen. Bila tanya pada kakitangan imigresen , kenapa kos macam ni. Sambil tersenyum kakitangan imigresen tu cakap, “Kalau rajin datang ke pejabat imigresen buat 2 tahun, kalau tak nak datang selalu buat 5 tahun”.

Saya dan isteri kerana urusan untuk menunaikan haji pada tahun ini insyaAllah.

Macamanalah pakcik-pakcik, atok-atok, nenek-nenek, terpaksakah mereka bersesak macam ni juga. Saya tanya pada kakitangan imigresen, setiap hari ke macam ni. Katanya memang setiap hari, kalau hari bekerja biasa Isnin-Jumaat , nombor giliran sampai 300, tapi pukul 10 pagi dah habis nombor.

Harap Tabung Haji Malaysia dan Jabatan Imigresen dapat bekerjasama agar dapat mengadakan urusan kaunter khas semasa kursus haji di masjid-masjid seluruh Malaysia selepas ini.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul tu, tapi semua pihak perlu berkerjasama bagi melicinkan lagi urusan di Jabatan Imigresen tu. Setengah pihak amat beretika, berdisiplin dan mematuhi peraturan, ada setengahnya pulak tak beretika/berdisiplin, dan ada setengah pihak lagi hanya duk berdiam diri dan menghadapi segala kesusahan itu. Bagi memudahkan urusan Jabatan Imigresyen juga patut perkenalkan sistem bagi mengatasi kesesakan yang berlaku. Ujudkan lorong bertali khusus bagi mereka yang nak dapatkan nombor seperti kita chekck-in di airport, takdelah orang yang nak memotong barisan. Kaji juga cadangan untuk orang ramai ambil nombor mengikut hari mereka berkelapangan untuk berurusan dengan Jabatan Imigresyen setiap minggu dengan menggunakan buku daftar booking nombor. Jika kaedah ini sesuai, maka ia boleh dilaksanakan. Banayak lagi caranya, cuma daya kreatif dan inovatif sahaja yang boleh selesaikan masalah kesesakan di agensi ini. Manusia itu tidak akan berdisiplin kecuali mereka perlu didisplinkan dengan pelbagai cara. Jika semuanya berdisiplin, tidakperlulah adanya lampu merah, hijau dan kuning dijalanraya, begitu jugalah halnya Jabatan dan agensi kerajaan ketika berurusan dengan orang ramai, disiplin juga menjadi rahsia kejayaan.

Tanpa Nama berkata...

Dalam ramai-ramai tu, ada individu yang nakal berkata kepada orang ramai yang sedang beratur, katanya : "Nombor sudah habis ma, Isnin nanti boleh mari". Ada beberapa orang yang mendengar, terus keluar dari barisan dan balik agaknya. Sebenarnya, masih ada nombor lagi yang dikeluarkan oleh petugas dikaunter. Ini lah ragam manusia. Buat persepsi dahulu tanpa merujuk kepihak yang berkuasa. Kesian kepada beberapa orang yang balik tu.......

Tanpa Nama berkata...

boleh buat pasport antarabangsa secara online, mudah dan cepat.. https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport?action=welcome&lang=ms&type=26&module=passport

Tanpa Nama berkata...

dah takdo modal laie ko parti pas ni .begatur pun nak jadian isu.itulah kalau ugama dipolitikkan maka akan hancur parti pas tapi gunakan politik untuk memperkuatkan ugama,
LEBIH BAIK MATI BERKALANG TANAH ,
DRPD HIDUP BERCERMIN BANGKAI,
BIAR GUGUR MEMBELA KEYAKINAN,
DRPD HIDUP JADI PENJILAT MENJUAL AKIDAH.

Tanpa Nama berkata...

nak biarkan sajo ko masalah tu sampai bejoman...jangan jadi bangang, kito dah merdeka lobih sotongah abad dah ooi..

Tanpa Nama berkata...

Penerangan mengenai harga pasport iaitu Pasport 2 tahun berharga RM100. Pasport 5 tahun berharga RM300.

Dimaklumkan pasport hanya boleh digunakan sekiranya baki tempoh pasport sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh. (Hampir semua negara di dunia menggunakan sistem yang sama). Bermakna pasport 2 tahun sebenarnya boleh digunakan selama 1 tahun 6 bulan sahaja.

Pasport untuk 2 tahun jika diperbaharui sebanyak 3 kali, akan menjadikan pasport anda boleh digunakan selama 4 tahun 6 bulan (1 Tahun 6 Bulan + 1 Tahun 6 Bulan + 1 Tahun 6 Bulan). Manakala pasport 5 tahun juga boleh digunakan selama 4 tahun 6 bulan. Kedua-duanya melibatkan kos yang sama. Iaitu pasport 2 tahun jika dibuat sebanyak 3 kali menjadi RM300 dengan tempoh penggunaan selama 4 tahun 6 bulan dan pasport 5 tahun dibuat sekali juga boleh digunakan selama 4 tahun 6 bulan, yang juga dengan kos yang sama, RM300.

Tanpa Nama berkata...

tambahan..kalau buat pasport 2 tahun.. renew dapat 2 tahun... kalau buat pasport 5 tahun.. renew dapat 5 thn 6 bulan (ikut balance bulan)...sekian

Unknown berkata...

Fikirkan dengan mendalam. "Nombor Giliran Sudah Habis" tidak boleh wujud. Cannot exist. Tidak boleh diterima akal yang sempurna. Sistem Nombor Giliran asalnya bertujuan untuk cegah kesesakan dan huru hara. Pihak Imigresen dan banyak lagi ajensi kerajaan tidak faham menggunakan dan menfaat Sistem Nombor Giliran untuk keselesaan orang ramai dan juga pihak ajensi Kerajaan.
Saya Azhar 012-2861378.