KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130531

Beri hutang lebih baik dari beri sedekah


Begitu banyak perkara baru yang dipelajari malam tadi semasa Majlis Ceramah sempena Israk Mikraj di Masjid Bandar Baru Senawang yang disampaikan oleh Sheikh Haji Baba Abdul Karim bin Haji Isa Al Fatoni, seorang ulama yang berasal dari Patani, Thailand akan tetapi telah berkhidmat di mahkamah Arab Saudi selama lebih 20 tahun. Pertama kali saya mendengar ceramah Sheikh Baba.

Sheikh Baba pun merupakan anak murid kepada beberapa ulama terkenal yang masih lagi mengajar di Masjidil Haram, Mekah. Sheikh Baba amat sayang untuk meninggalkan Mekah kerana telah lama berkhidmat dan beribadah di sana. Akan tetapi atas arahan Tok Gurunya yang memerintahkan untuk beliau pulang ke Nusantara untuk mengajar kepada umat Islam di sini, maka beliau dengar dan taat akan arahan Tok Guru beliau.

Malam tadi beliau mengupas kitab Sheikh Daud Fatoni, beliau menceritakan dengan panjang lebar mengenai salasilah Sheikh Daud Fatoni hinggalah ke Saidina Husin ra., Saiditina Fatimah rah. dan Nabi Muhammad saw. Kaitannya juga dengan Raja Fatoni, Raja Champa dan Sunan Ampel.

Begitu banyak ilmu-ilmu kitab lama yang baru tahu orang jemaah yang hadir termasuk diri saya sendiri, terlalu banyak.

Antaranya ialah Sheikh Baba mengatakan memberi hutang kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik dari memberi sedekah. Jika kita memberi sedekah kita akan diberi 10 ganjaran, akan tetapi jika kita memberi hutang kita akan diberi 18 ganjaran. Ini adalah kerana mereka yang memang dalam kesempitan memerlukan hutang untuk melepaskan kesempitan tersebut, akan tetapi jika kita memberi sedekah adakalanya keperluannya tidaklah dalam keadaan yang amat memerlukan.

Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari semalam, yang tidak boleh saya sampaikan di sini kerana bimbang disalah tafsir.

Kepada mereka yang ingin menadah ilmu dengan Sheikh Baba bolehlah ke Masjid Negeri, Seremban pada hari Sabtu 1 Jun 2013 selepas Maghrib, beliau akan menyambung kitab kisah Israk Mikraj yang dah sampai di langit ke tujuh.

Cubalah pergi, barulah kita tahu betapa cetek, terlalu cetek, teramat cetek, ilmu dan amalan yang ada pada kita sekarang ini. Betapa banyaknya kita melakukan dosa dan betapa kurangnya kita beramal ibadat.

20130528

Program Jejak Ukhuwwah Bulan Barokah 1434 H DUN Kota




Program JEJAK UKHUWWAH BULAN BAROKAH 1434 H peringkat DUN Kota dalam kawasan parlimen Rembau adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan sepanjang 3 bulan yang diberkati serta menjelang bulan Ramadhan yang penuh barokah.

Program ini bermula pada bulan Rejab, Syaaban hinggalah ke akhir Ramadhan sejajar dengan hadith berkaitan dengan doa apabila masuknya bulan yang diberkati ini iaitu : “Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah sedekah terutamanya sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ini.

Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim , isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan bantuan di sekitar DUN Kota.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh dalam bentuk kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras, tepung, minyak masak, gula, susu tin, biskut , sardin dan sebagainya.

Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi :
Hj Roni 012-2268230
Sdr Izamri 013-2124086
Rozmal 012-2267406

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8 ,

atau :
Maybank , No Akaun 155126945930
CIMB , No Akaun 05020693061526

Program ini telah berjalan sejak beberapa tahun yang lalu. Koleksi gambar-gambar sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebelum ini di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/program-jejak-ukhuwwah-bulan-barokah.html

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atau 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM80

*****************
Doa mohon diberkati pada bulan Rejab, Syaaban dan ditemukan dengan Ramadhan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)

20130527

Adakah Malaysia sedang dilanda wabak malaria?




Sudah seminggu sepupu saya dari Kg Gadong, Rembau sedang dirawat di Unit Rawatan Kritikal Hospital Seremban akibat demam malaria. Apakah negara kita sedang dilanda wabak malaria? Apakah langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil baik dari sudut perubatan apatah lagi dari sudut pendekatan Islam? Dalam akhbar mengesahkan wabak malaria sedang melanda satu perkampungan Orang Asli.

72 people down with malaria
NST 26 May 2013 
           
A MALARIAL outbreak has  infected 72 people, including 60 Orang Asli from Kampung Sungai Rual, in Jeli since the first case involving a logging worker was detected on May 1, state Health Department deputy director Dr Wan Mansor Wan Hamzah said.
Following the discovery, health authorities launched an operation to contain the outbreak by collecting blood samples of about 800 people, including 560 Orang Asli, in several villages, Orang Asli settlements and kongsi at logging sites.

He said the department had distributed 557 medicated nets for the villagers to sleep in to avoid being bitten by mosquitoes.

"The mosquitoes will die when they hit the net. Our officers have practically camped at the affected areas to detect those who might be down with fever as well as to conduct anti-malaria ceramah."

He added that fogging and chemical sprays had also been carried out in order to destroy adult mosquitoes in their breeding grounds, as part of efforts to contain the outbreak.


A deadly malaria strand tightens its grip in Malaysia
7 March 2013

Scientists in Malaysia have reported an increase in malaria cases in Borneo caused by the Plasmodium knowlesi parasite, threatening the region's hopes for malaria elimination.

Research has indicated that while cases of the more common malaria strands, such as Plasmodium falciparum and Plasmodium vivax, have seen a huge decline, P. knowlesi cases have increased dramatically since the early 2000s.

"We suspect that deforestation may have something to do with it as most of the cases were recorded in rural areas," he says. "Our studies showed that more than 70 per cent of P. knowlesi patients were male and from the 25-45 age group. Many of these were farmers or plantation workers, which are moving further into the macaques territory increasing chances of contracting [the disease]."

The WHO has recommended that each country affected should formulate a comprehensive strategy to control the disease.

"Rapid diagnosis, appropriate and timely treatment, personal protection, surveillance and health information targeted at risk populations and health staff, as well as operational research, are vital for successful elimination," says Timothy O' Leary, public information officer at the WHO's Western Pacific Regional Office.


20130526

Rindunya khutbah Jumaat yang menyentuh jiwa


Masjid-masjid di Negeri Sembilan begitu sukar sekali untuk mendengar khutbah Jumaat yang boleh menyentuh jiwa, terasa insaf, betapa diri ini lemah, perlu perbanyakkan amal ibadah. Akibatnya ramai jemaah yang lena, tidur, tersengguk-sengguk sewaktu khatib membacakan khutbah. Saya amat-amat merindui khutbah Jumaat yang boleh mendatangkan keinsafan, selalunya saya akan merasa amat mengantuk apabila teks khutbah yang dibaca, hanya sekadar dibaca oleh khatib.

Saya rindukan khutbah Jumaat yang dikhutbahkan dengan penuh semangat seperti di Masjid Batu 6, Kuala Terengganu, kampung isteri saya.

Bagaimana pun khutbah Jumaat pada 24 Mei 2013 sempena cuti Hari Wesak di Masjid Bandar Baru Senawang oleh Imam Masjid iaitu Al Fadil Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) amat menyentuh jiwa, khutbahnya bertajuk Wawasan Sidratul Muntaha.

Ianya ialah mengenai kewajipan solat yang menjadi intipati utama peristiwa Israk dan Mikraj.

Antara intipati yang perlu direnungkan oleh semua umat Islam di Malaysia ini terutama ketua Agama Islam dan pemerintah di Malaysia ini dalam menangani pelbagai masalah umat Islam pada waktu ini dengan buang bayinya, zinanya, araknya, judinya, rasuahnya dan sebagainya ialah SOLAT.

Kesimpulan penting khutbah ini ialah : “Serangan gejala sosial dalam pelbagai bentuk di negara ini menyebabkan kita kadangkala hilang pedoman untuk mengatasinya. Mimbar amat yakin pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng, mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak anak-anak kita dalam menghadapi serangan gejala sosial ini.”

Saya harapkan orang kampung saya , Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin akan dapat membentuk para belia dan remaja di Rembau dengan program yang mendekatkan mereka dengan solat dan masjid untuk mengatasi pelbagai masalah sosial di kalangan beliau muda dan belia warga emas khususnya di Rembau ini agar masjid-masjid di Rembau ini tidak mati seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html


KHUTBAH JUMAAT : “WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA”

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Rejab yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita mengukuhkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita dan keluarga kita berjaya menjadi insan soleh serta mendapat perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA”

KHUTBAH JUMAAT : “WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA”

KHUTBAH JUMAAT : “WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA”

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Rejab yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita mengukuhkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita dan keluarga kita berjaya menjadi insan soleh serta mendapat perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Kini kita berada dipenghujung bulan Rejab, mengingatkan kita satu mukjizat teragong iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Dalam peristiwa ini, atas kekuasaan dan kehendak Allah SWT, Nabi Muhammad SAW diiringi malaikat Jibril diperjalankan pada waktu malam hari, berangkat dari masjidil Haram di Makkah menuju ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqadis di Palestin dan kemudiannya diangkat mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha. Kalau mengikut perkiraan moden hari ini, peristiwa ini berlaku dalam tempoh satu malam iaitu kira-kira 12 jam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Israa’ ayat 1:

Bermaksud: “ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui“.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Tugas utama Nabi Muhammad SAW dan Rasul adalah untuk membina diri manusia supaya berakhlak mulia dan beramal soleh. Pembangunan diri manusia, pembangunan insan adalah menjadi tonggak segala pembangunan yang lain. Persoalan besar timbul ialah bagaimanakah manusia itu boleh membangunkan akhlak yang mulia?. Inilah yang perlu difahami dan dipelajari dalam peristiwa Isra’-Mikraj . Dalam peristiwa Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW telah dibawa untuk melihat projek dan program Allah samada yang nyata atau ghaib yang terdapat di bumi dan di tujuh lapis langit serta di Sidratul Muntaha. Bagaimana pun projek terbesar dalam mukjizat ini ialah program Nabi Muhammad SAW mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha.

Sekali lagi timbul persoalan apakah hakikat Sidratul Muntaha ini?. Tidak banyak dalil yang menjelaskan tentang hakikat Sidratul Muntaha. Bagaimanapun menurut sebahagian ulama’, Sidratul Muntaha ini ialah satu planet lain iaitu berada di atas langit ketujuh yang berdekatan dengan syurga. Malaikat dan manusia pun tidak boleh memasuki ke Sidratul Muntaha kecuali Nabi Muhammad SAW.

Dalam peristiwa Isra’ Mikraj ini malaikat Jibril mengiringi Nabi Muhammad SAW hingga ke langit ketujuh sahaja dan baginda bersendirian naik ke Sidratul Muntaha mengadap Allah SWT. Tujuh lapis langit yang sering disebut dalam al-Quran bukanlah lapisan awan biru yang menutupi di atas bumi kita ini. Menurut ulama’ lapisan tujuh langit itu adalah merujuk kepada lapisan yang merangkumi cakerawala, bintang-bintang, planet-planet dan kumpulan-kumpulan gas yang berada di angkasa lepas.

Di Sidratul Muntaha ini Rasulullah dapat melihat wajah asli malaikat Jibril yang mempunyai 600 sayap dan melihat Allah SWT. Menurut ahli tafsir seperti Ibnu Kathir, menyatakan Nabi Muhammad melihat Allah secara mata hati dan menerima perintah melaksanakan program solat fardhu 5 waktu sehari semalam secara terus dari Allah SWT. Sebelum ini solat fardhu hanya 2 kali sehari semalam iaitu Subuh dan Maghrib atau Isya’. Inilah rahsia terbesar Allah SWT memanggil mengadap Rasulullah SAW di Sidratul Muntaha. Manakala perintah melakukan ibadah-ibadah wajib yang lain disampaikan Allah melalui malaikat Jibril.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Berdasarkan projek Allah di Sidratul Muntaha ini jelas bahawa solat fardhu lima waktu adalah program mega atau program raksaksa yang Allah fardhukan kepada umat Islam. Solat fardhu menjadi program mega kerana ia menjadi ibu segala amal ibadah, wajib dilaksanakan samada semasa sihat atau sakit, menjadi tonggak kekuatan agama, menggugurkan segala dosa dan menyelamatkan azab kubur. Selain itu kualiti solat ini juga akan menentukan kualiti pelaksanaan ibadah-ibadah yang lain.

Terdapat perkaitan yang kuat bahawa jika seseorang itu lemah melaksanakan solat, maka ibadah yang lain pun mempunyai tahap yang sama. Berdasarkan perkaitan inilah maka amalan solat adalah amalan yang dapat mencegah berlakunya kemungkaran kepada seseorang itu. Firman Allah dalam surah al-Ankabut Ayat 45 :

Maksudnya :“ Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” .

Jika solat itu dibuat secara lalai maka ia boleh mendatangkan musibah dan memberi kesan buruk terhadap kelakuan seseorang. Firman Allah dalam surah al-Maa’un, ayat 5:

Maksudnya: ” Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.”

Apa yang dimaksudkan lalai di sini ialah, mereka yang melakukan solat tidak menyedari bilangan rakaatnya, malas melakukan solat sehingga bertangguh-tangguh kerana mengutamakan pekerjaan lain, terburu-buru melakukan solat dan tidak merasai nikmat melakukan solat di awal waktu. Memandangkan solat ini adalah projek mega, maka pelaksanaan solat hendaklah dilaksanakan secara khusuk mengikut peraturan tertentu. Solat yang hakiki akan melindungi seseorang daripada melakukan perbuatan berdosa. Solat yang hakiki adalah solat yang dilakukan secara khusyuk.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Walaupun kita tidak dapat bertemu dengan Allah SWT seperti yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW tetapi berdasarkan wawasan Sidratul Muntaha ini kita dapat bertemu dan berhadapan dengan Allah SWT di dalam solat dengan syarat, pertama: hati kita sepenuhnya mengingati Allah dengan menghindari dari penyakit syahwat atau bisikan duniawi kedua: hati kita sentiasa mengagungkan Allah SWT dan merasa Allah sentiasa melihat diri kita dan ketiga: hati kita sentiasa meresapi makna-makna ayat al-Quran yang di baca dalam solat.

Menurut Imam Ghazali, antara amalan untuk membentuk solat yang khusyuk ialah, memastikan sumber rezeki itu adalah halal, mendirikan solat seolah-olah akan menghadapi kematian besok, mendirikan solat pada awal waktu, memahami pengertian bacaan dalam solat, mengambil wudhu’ dengan sempurna dan pakaian bersih, serta memiliki sifat malu kepada Allah SWT jika perlaksanaan solat itu tidak sempurna.

Berdasarkan pemerhatian mimbar, akhlak yang kurang baik yang dideritai oleh segolongan umat Islam kini berpunca daripada solatnya tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji. Mereka ini melakukan solat tetapi masih juga melakukan perbuatan berdosa.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah,

Serangan gejala sosial dalam pelbagai bentuk di negara ini menyebabkan kita kadangkala hilang pedoman untuk mengatasinya. Mimbar amat yakin pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng, mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak anak-anak kita dalam menghadapi serangan gejala sosial ini. Oleh itu sempena memperingati peristiwa Isra’ Mikraj sebagai mukjizat yang besar ini, maka mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah kita melaksanakan ibadah solat dengan khusyuk dan sempurna agar ia mampu membangunkan anak-anak dan keluarga kita menjadi insan yang soleh selari dengan wawasan Sidratul Muntaha.

Sebagai renungan bagi menilai kualiti solat kita, marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’, ayat 142:

Maksudnya : ” Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah, dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali.”.

Sumber :


20130523

Mohon doa Allah sembuhkan

Assalamualaikum, abang sepupu saya Amir Ezam bin Baharuddin dari Kg Gadong, Kota, Rembau kini agak kritikal di CCU Hospital Seremban akibat demam malaria.

Mohon rakan-rakan semua doakan semoga Allah menyembuhkan beliau, hanya Allah Yang Maha Penyembuh.

Terima kasih atas keprihatinan semua.

***********
A deadly malaria strand tightens its grip in Malaysia
7 March 2013

[KUALA LUMPUR] Scientists in Malaysia have reported an increase in malaria cases in Borneo caused by the Plasmodium knowlesi parasite, threatening the region's hopes for malaria elimination.

Research has indicated that while cases of the more common malaria strands, such as Plasmodium falciparum and Plasmodium vivax, have seen a huge decline, P. knowlesi cases have increased dramatically since the early 2000s.

"We suspect that deforestation may have something to do with it as most of the cases were recorded in rural areas," he says. "Our studies showed that more than 70 per cent of P. knowlesi patients were male and from the 25-45 age group. Many of these were farmers or plantation workers, which are moving further into the macaques territory increasing chances of contracting [the disease]."

The WHO has recommended that each country affected should formulate a comprehensive strategy to control the disease.

"Rapid diagnosis, appropriate and timely treatment, personal protection, surveillance and health information targeted at risk populations and health staff, as well as operational research, are vital for successful elimination," says Timothy O' Leary, public information officer at the WHO's Western Pacific Regional Office.

20130521

Tiga Cadangan untuk YB Khairy, Menteri Belia dan Sukan


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada orang kampung saya YB Khairy Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Ianya mengembalikan nostalgia seorang lagi orang kampung saya iaitu Dato’ Mokhtar Hashim yang menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 1980 - 1983. Antara kejayaan besar ketika Dato’ Mokhtar menjadi Menteri Belia dan Sukan ialah apabila pasukan bolasepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Saya tidak ada cadangan untuk dikemukakan kepada YB Khairy. Saya hanya ingin menyampaikan hasrat orang Rembau, hasrat Menteri Besar N.Sembilan dan hasrat YB Khairy sebelum ini agar ianya menjadi kenyataan.

Hasrat tersebut ialah :

1. Padang untuk pelajar Sekolah Menengah Agama Rembau.

Saya panjangkan hasrat dan keluhan dari ahli PIBG sekolah tersebut seperti berikut : “Paling menarik sekolah ini tidak mempunyai makmal sains telah berjaya mendapat keputusan 100% bagi matapelajaran sains. Bukan setakat itu, sekolah ini juga tidak mempunyai padang sekolah berjaya melahirkan atlit-atlit yang cemerlang di peringkat daerah dan mewakili negeri di peringkat kebangsaan. Saya berharap JPNNS dapat memberikan tanah tersebut kepada pihak sekolah untuk dijadikan padang sekolah. Berilah peluang kepada anak-anak untuk bersukan dan beriadah di padang yang sempurna. Kasihan melihat pelajar-pelajar asrama bermain bola di padang tempat letak kereta. Jika hujan kawasan ini akan dipenuhi air dan lecak.” . Hasrat penuh ahli PIBG SMA Rembau tersebut di http://www.nagarinantuo.com/tahniah-anda-hebat/


2. Landasan Pesawat Ringan dan Pesawat Mainan di Rembau

Semoga hasrat MB Negeri Sembilan yang disuarakan pada tahun 2008 lagi akan menjadi kenyataan agar belia di Rembau dapat mengembangkan ilmu aeronotik dan ilmu kejuruteraan.

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. “Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”


3. Penubuhan Kelab Roket di Sekolah

Semoga hasrat YB Khairy yang diutarakan sejak sebelum menjadi Ahli Parlimen Rembau menjadi kenyataan.

Ministry to set up ‘Rocket Clubs’ in schools
Tuesday November 6, 2007

KUALA LUMPUR: Rocket Clubs will be set up in schools to instil interest in aerospace and astrophysics, Umno Youth vice-chief Khairy Jamaluddin said. He said Education Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein was inspired to set up the clubs following the successful mission of the first Malaysian Angkasawan. Hishammuddin had called on Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor and Major Dr Faiz Khaleed to support the programmes.

Pelbagai Program Cuti Sekolah di N.Sembilan





20130520

Bayar zakat terus kepada anak saudara kita yang belajar


Dalam siri kuliah maghrib seorang ustaz memberitahu bahawa jika kita hendak mengeluarkan zakat eloklah diberikan terus kepada anak saudara, anak jiran dan sebagainya yang bukan dibawah tanggungan kita.

Lebih-lebih lagi sekarang ini belanja untuk masuk IPT adalah terlalu tinggi, tidak kurang juga belanja untuk masuk sekolah asrama penuh dengan persiapan baju seragam dan sebagainya.

Walaupun mungkin boleh memohon PTPTN , akan tetapi belanja awal untuk masuk IPT kalau mereka yang kurang mampu memang amat membebankan.

Itu kata ustaz tadi dalam kuliah tasauf.

TV di Malaysia pemecah belah rumahtangga


Semalam Ahad waktu tengahari tertonton satu rancangan TV mengenai dunia artis dan hiburan. Rancangan yang tidak saya minati akan tetapi terkejut saya kali ini dengan pendedahan yang amat memalukan saya sebagai bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia ini.

Saya mohon supaya JAKIM meneliti kembali rancangan tersebut yang disiarkan pada 19 Mei 2013. Amat memalukan perbalahan antara anak lelaki dan ibu kandung disiarkan dalam TV, habis satu Malaysia yang menontonnya. Malu saya kepada rakan-rakan saya berbangsa Cina, India yang bukan Islam.

Apakah saluran TV tersebut tiada etika penyiaran langsung, walaupun pada penghujung siaran pengacara TV mengharapkan perbalahan si anak, kekasih dan ibu akan selesai dengan baik, apakah ini caranya?

Harap-harap JAKIM, Menteri berkaitan memberi teguran kepada saluran TV tersebut, kalau perlu diambil tindakan yang bersesuaian, yang lebih mementingkan berita sensasi, memecah belah keharmonian keluarga.

Masalah sosial di kalangan keluarga umat Islam ini semakin parah, khutbah Jumaat jarang menyentuhnya, TV pula tidak ada etika langsung untuk menjaga maruah keluarga Melayu, Islam.

Darussyifa sedang cari rumah di pekan Rembau

Saya dimaklumkan Darussyifa' Negeri Sembilan sedang mencari rumah untuk disewa berhampiran pekan Rembau untuk dijadikan tempat untuk sesi Zikir, Bacaan Doa Syifa dan Rawatan Umum pada setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga selepas solat Maghrib.

Kepada mereka yang ingin menawarkan tempat untuk sewaan atau sebagai sumbangan bolehlah menghubungi wakil Darussyifa' Negeri Sembilan , Al Fadhil Ustaz Abd Ghani bin Ahmad Zaigu di talian 012-6761187

KULIAH MAGHRIB

KULIAH MAGHRIB
Tajuk : Penawar Hati
Penyampai kuliah : Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Haidir bin Haji Mohd Isa
Tarikh : 20 Mei 2013, Isnin
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

20130519

Ziarah Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar


Semalam saya sekeluarga berkesempatan menziarahi sahabat saya Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat yang juga calon PAS DUN Lenggeng yang sebelum ini dikatakan sakit semasa kempen PRU-13. Sudah lama kami sekeluarga tidak menziarahi beliau di rumah beliau berhampiran pekan Lenggeng. Itu pun atas desakan isteri saya yang menggesa saya menziarahi beliau kerana kesibukan saya atas beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan sebelum ini.

Alhamdulillah Sdr Zul dalam keadaan yang cergas, ceria dan sihat seperti dulu juga, begitu bersemangat memberi kata-kata perangsang dan semangat kepada saya. Beliau juga berpesan agar sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam melakukan amal kebaikan.

Keluarga saudaru baru amat perlukan bantuan di Rembau


Encik Mohd Ali bin Bustamam dari Kg Batu, Rembau pada 18 Mei 2013 datang mengadu kepada saya mengenai kesusahan hidup beliau sekeluarga. Beliau hanya bekerja kampung, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Beberapa bulan sudah beliau telah keluar masuk hospital kerana berkaitan masalah kerongkong dan paru-paru. Dan baru-baru ini pula beliau diserang sakit asma yang teruk.

Ini menyebabkan beliau tidak dapat bekerja untuk menampung perbelanjaan harian. Kini beliau dalam proses untuk pindah dari rumah yang di sewa di Kg Batu kerana tidak mampu untuk membayar sewa yang lama tertangguh. Syukur ada insan yang prihatin yang sudi untuk menyewakan rumah tanpa perlu bayar sewa dulu di Kg Padang Lebar.

En Mohd Ali ada memohon rumah PPRT untuk didirikan atas tanah ibu beliau di Kg Selemak akan tetapi belum ada jawapan yang positif. Beliau juga ada memohon bantuan Baitul Mal dan ada menerima bantuan Baitul Mal sebelum ini tetapi belum lagi memohon untuk bantuan tetap bulanan dari Baitul Mal atau JKM.

Isteri beliau Pn Rosita yang dikahwini pada tahun 2005 adalah merupakan saudara baru iaitu Orang Asli dari Kg Ulu Chembong, Rembau. En Mohd Ali mempunyai 6 orang anak, 2 orang anak tiri dan 4 orang anak beliau hasil perkongsian hidup dengan Pn Rosita yang berumur antara 1 tahun ke 16 tahun.

Sehubungan dengan itu beliau memohon kepada mana-mana pihak yang sudi membantu beliau samada untuk membuat permohonan PPRT, bantuan bulanan JKM dan Baitul Mal atau bantuan peribadi bolehlah menghubungi beliau di talian 016-6013577 atau boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam beliau No Akaun 05-012-02-044168-9 atas nama Mohd Ali bin Bustamam.

Atau bantuan boleh juga disalurkan melalui Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan,
No Akaun di Bank Islam 05012010047905 (Seremban). Hubungi saya Rozmal bin Malakan , Timbalan Pengerusi YAMNS 012-2267407 rozmal@yahoo.com


20130516

Kalah menang adat perlawanan walaupun dengan cara menipu


Kalah menang adalah adat dalam perlawanan. Dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia pada tahun 1986 di Mexico, Argentina telah menewaskan England 2 – 1, dengan gol awal jaringan Diego Maradona adalah dengan menggunakan tangan.

Dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006 antara Perancis dan Itali, kapten Perancis,
Zinedine Zidane telah dibuang padang kerana menanduk pemain Itali, Marco Materazzi, yang menurut Zidane , Materazzi telah menghina emaknya beberapa kali semasa perlawanan. Perancis tewas melalui penentuan penalti setelah tamat masa tambahan.

Kalah menang adalah adat perlawanan, samada cara menipu atau cara provokasi. Yang menang tetap menang, yang kalah tetap kalah.

Namun sambutan Piala Dunia saban tahun semakin hangat. Cuma mutu bolasepak Malaysia saja yang sekejap naik, sekejap turun, tidak seperti zaman Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, Santokh Singh dan Soh Chin Aun.
  
Kalau pengadil atas padang tidak dapat menangkap pemain yang menipu, ALLAH itu Maha Adil, di akhirat nanti akan dipertontonkan ulang tayang yang sebenarnya dan diadili semula.

KLINIK AL QURAN


20130514

Bil air di N.Sembilan turun lepas pilihanraya


Saya amat terperanjat apabila hari ini menerima bil air rumah saya dari SAINS yang berjumlah RM5 sahaja untuk penggunaan dari 12.4.13 hingga 14.5.13. Adakah ini hadiah untuk rakyat N.Sembilan selepas PRU-13?

Tak pernah sejak kami sekeluarga duduk di rumah ini dari tahun 1999 menerima bil air serendah RM5 sebulan. Adakalanya mencecah sampai lebih RM50 sebulan. Emak saya yang duduk bersama cucunya di Rembau pun bil airnya sekitar RM50 sebulan.

Macam tak percaya saya bil air bulan ni RM5.

Belek punya belek, nak tengok apa diskaun yang diberikan, samada jika penggunaan kurang 20 meter padu akan dapat diskaun dan sebagainya tak pula jumpa.

Akhirnya, terjumpa satu kod di bawah bil air tersebut, iaitu Kod B.

Kod B ialah METER ROSAK sebenarnya.

Dah rosak pula meter air ni, padahal baru ganti.

Seminar The Beauty of Surah Al-Fatihah 19 Mei 2013 di Seremban




SEMINAR THE BEAUTY OF SURAH AL-FATIHAH
19 MEI 2013 | AHAD
8.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG
PUSAT DAKWAH ISLAMIYYAH, PAROI, NEGERI SEMBILAN

Panel Pembentang :
- Syeikh Solah Mohamad Zaki al-Qadiri (MAINS dan USIM)
- Dr Zulkifli al-Bakri (TV Al-Hijrah)
- Dr Syuhadak Mahmud (KUIS)
- Ust Syed Nor Hisyam (Tanyalah Ustaz TV9)
- Dr Yusri Mazlan (Jabatan Mufti Negeri Sembilan)
- Ust Hamdan Muda (Darussyifa')
- Ust Zarimi Abu Zih (Al-Baghdadi Academy)
- Ust Danial Farhan Dolmat (Muamalah Events)

Tajuk Pembentangan & Diskusi :
1. Tafsir Surah al-Fatihah: Suratan & Siratan
2. Rawatan Islam dengan Surah Al-Fatihah
3. Kaedah Pendidikan dengan Surah al-Fatihah
4. Membentuk keperibadian dengan Surah al-Fatihah
5. Teknik al-Baghdadi dalam pembacaan al-Quran
6. Kaedah Pembacaan Surah al-Fatihah dengan betul
7. Majlis penyerahan sanad Surah al-Fatihah

Anjuran : Muamalah Events dengan kerjasama MAINS dan Al-Baghdadi Method Sdn Bhd

Yuran Penyertaan (sebelum 15 Mei 2013)
RM40 Dewasa
RM30 Pelajar
termasuk makan, fail dan kertas kerja, serta sanad

Pendaftaran
1. Pendaftaran terhad kepada 600 orang sahaja
2. Sila hubungi 06 775 9610 atau 017 288 6177 untuk pendaftaran dan pembayaran
3. Pendaftaran selepas 15 Mei 2013 adalah RM50 bagi dewasa dan RM 40 bagi pelajar

Hubungi 06 775 9610 atau 017 288 6177 untuk makluman lanjut