Saya amat terperanjat apabila hari ini
menerima bil air rumah saya dari SAINS yang berjumlah RM5 sahaja
untuk penggunaan dari 12.4.13 hingga 14.5.13. Adakah ini hadiah untuk
rakyat N.Sembilan selepas PRU-13?
Tak pernah sejak kami sekeluarga duduk
di rumah ini dari tahun 1999 menerima bil air serendah RM5 sebulan.
Adakalanya mencecah sampai lebih RM50 sebulan. Emak saya yang duduk
bersama cucunya di Rembau pun bil airnya sekitar RM50 sebulan.
Macam tak percaya saya bil air bulan ni
RM5.
Belek punya belek, nak tengok apa
diskaun yang diberikan, samada jika penggunaan kurang 20 meter padu
akan dapat diskaun dan sebagainya tak pula jumpa.
Akhirnya, terjumpa satu kod di bawah
bil air tersebut, iaitu Kod B.
Kod B ialah METER ROSAK sebenarnya.
Dah rosak pula meter air ni, padahal
baru ganti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan