Program JEJAK UKHUWWAH BULAN BAROKAH 1434 H peringkat DUN
Kota dalam kawasan parlimen Rembau adalah bertujuan untuk membantu golongan
yang memerlukan sepanjang 3 bulan yang diberkati serta menjelang bulan Ramadhan
yang penuh barokah.
Program ini bermula pada bulan Rejab, Syaaban hinggalah ke
akhir Ramadhan sejajar dengan hadith berkaitan dengan doa apabila masuknya
bulan yang diberkati ini iaitu : “Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah
kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami
dengan bulan Ramadan.”
Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota memberi peluang kepada
orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah
sedekah terutamanya sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ini.
Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah
terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim ,
isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan
bantuan di sekitar DUN Kota.
Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh dalam bentuk
kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras, tepung, minyak masak,
gula, susu tin, biskut , sardin dan sebagainya.
Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan
Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi :
Hj Roni 012-2268230
Sdr Izamri 013-2124086
Rozmal 012-2267406
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8 ,
atau :
Maybank , No Akaun 155126945930
CIMB , No Akaun 05020693061526
Program ini telah berjalan sejak beberapa tahun yang lalu.
Koleksi gambar-gambar sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebelum ini di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/program-jejak-ukhuwwah-bulan-barokah.html
Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :
1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atau 10 kilo)
Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM80
*****************
Doa mohon diberkati pada bulan Rejab, Syaaban dan ditemukan
dengan Ramadhan
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw.
apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa
sya’ban, wa balighna ramadan.”
Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih
sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan
bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan