KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130520

TV di Malaysia pemecah belah rumahtangga


Semalam Ahad waktu tengahari tertonton satu rancangan TV mengenai dunia artis dan hiburan. Rancangan yang tidak saya minati akan tetapi terkejut saya kali ini dengan pendedahan yang amat memalukan saya sebagai bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia ini.

Saya mohon supaya JAKIM meneliti kembali rancangan tersebut yang disiarkan pada 19 Mei 2013. Amat memalukan perbalahan antara anak lelaki dan ibu kandung disiarkan dalam TV, habis satu Malaysia yang menontonnya. Malu saya kepada rakan-rakan saya berbangsa Cina, India yang bukan Islam.

Apakah saluran TV tersebut tiada etika penyiaran langsung, walaupun pada penghujung siaran pengacara TV mengharapkan perbalahan si anak, kekasih dan ibu akan selesai dengan baik, apakah ini caranya?

Harap-harap JAKIM, Menteri berkaitan memberi teguran kepada saluran TV tersebut, kalau perlu diambil tindakan yang bersesuaian, yang lebih mementingkan berita sensasi, memecah belah keharmonian keluarga.

Masalah sosial di kalangan keluarga umat Islam ini semakin parah, khutbah Jumaat jarang menyentuhnya, TV pula tidak ada etika langsung untuk menjaga maruah keluarga Melayu, Islam.

Tiada ulasan: