Masjid-masjid di Negeri Sembilan begitu
sukar sekali untuk mendengar khutbah Jumaat yang boleh menyentuh
jiwa, terasa insaf, betapa diri ini lemah, perlu perbanyakkan amal
ibadah. Akibatnya ramai jemaah yang lena, tidur, tersengguk-sengguk
sewaktu khatib membacakan khutbah. Saya amat-amat merindui khutbah
Jumaat yang boleh mendatangkan keinsafan, selalunya saya akan merasa
amat mengantuk apabila teks khutbah yang dibaca, hanya sekadar dibaca
oleh khatib.
Saya rindukan khutbah Jumaat yang
dikhutbahkan dengan penuh semangat seperti di Masjid Batu 6, Kuala
Terengganu, kampung isteri saya.
Bagaimana pun khutbah Jumaat pada 24
Mei 2013 sempena cuti Hari Wesak di Masjid Bandar Baru Senawang oleh
Imam Masjid iaitu Al Fadil Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan
Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) amat menyentuh jiwa,
khutbahnya bertajuk Wawasan Sidratul Muntaha.
Ianya ialah mengenai kewajipan solat
yang menjadi intipati utama peristiwa Israk dan Mikraj.
Antara intipati yang perlu direnungkan
oleh semua umat Islam di Malaysia ini terutama ketua Agama Islam dan
pemerintah di Malaysia ini dalam menangani pelbagai masalah umat
Islam pada waktu ini dengan buang bayinya, zinanya, araknya, judinya,
rasuahnya dan sebagainya ialah SOLAT.
Kesimpulan penting khutbah ini ialah :
“Serangan gejala sosial dalam pelbagai bentuk di negara ini
menyebabkan kita kadangkala hilang pedoman untuk mengatasinya. Mimbar
amat yakin pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng,
mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak anak-anak kita dalam
menghadapi serangan gejala sosial ini.”
Saya harapkan orang kampung saya , Ahli
Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy
Jamaluddin akan dapat membentuk para belia dan remaja di Rembau
dengan program yang mendekatkan mereka dengan solat dan masjid untuk
mengatasi pelbagai masalah sosial di kalangan beliau muda dan belia
warga emas khususnya di Rembau ini agar masjid-masjid di Rembau ini
tidak mati seperti yang saya tulis sebelum ini di
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html
KHUTBAH JUMAAT : “WAWASAN SIDRATUL
MUNTAHA”
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat
dan pada bulan Rejab yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya
dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita mengukuhkan
ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita dan keluarga kita berjaya menjadi
insan soleh serta mendapat perlindungan Allah SWT di dunia dan di
akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:
“WAWASAN SIDRATUL MUNTAHA”
Teks khutbah sepenuhnya
http://rozmal.blogspot.com/2013/05/khutbah-jumaat-wawasan-sidratul-muntaha_9401.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan