Dalam siri kuliah maghrib seorang ustaz
memberitahu bahawa jika kita hendak mengeluarkan zakat eloklah
diberikan terus kepada anak saudara, anak jiran dan sebagainya yang
bukan dibawah tanggungan kita.
Lebih-lebih lagi sekarang ini belanja
untuk masuk IPT adalah terlalu tinggi, tidak kurang juga belanja
untuk masuk sekolah asrama penuh dengan persiapan baju seragam dan
sebagainya.
Walaupun mungkin boleh memohon PTPTN ,
akan tetapi belanja awal untuk masuk IPT kalau mereka yang kurang
mampu memang amat membebankan.
Itu kata ustaz tadi dalam kuliah
tasauf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan