Rupa-rupanya nak tunai haji ada kuota
juga. Kuota Menteri lah, kuota JKKK lah, kuota 1MDB lah, kuota entah
apa-apa kuota lagi. Habis tu, apa jadi dengan pendaftaran dengan di
Tabung Haji? Apa salahnya semua yang nak pergi haji daftarkan
berpusat di Tabung Haji. Siapa yang daftar dulu dan cukup simpanan,
pergi haji dulu, “First In First Out – FIFO”. Lepas ni Rukun
Tetangga pun minta kuota haji, Perkasa pun minta kuota haji, nelayan
pun minta kuota haji.
‘Kuota haji penjawat awam’
31 Dis 2013
Kerajaan dicadang mewujudkan kuota khas
menunaikan haji untuk kakitangan awam, mulai tahun depan. Ia antara
perkara diberi penekanan oleh CUEPACS untuk dilaksanakan dalam tempoh
tiga tahun akan datang, selain semakan kadar semua jenis elaun,
pencen dan tangga gaji.
“Kita mencadangkan kuota khas
menunaikan haji disediakan kepada kakitangan awam mulai tahun depan,
khususnya mereka yang hampir bersara supaya peluang menunaikan ibadat
itu lebih cerah berbanding sistem sedia ada digunakan Lembaga Tabung
Haji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan