KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131216

Malaysia vs Iran vs China




China menjelajah bulan dengan teknologi mereka sendiri, Iran menghantar monyet ke angkasa dengan roket mereka sendiri. Malaysia akan menghantar angkasawan kedua dengan menumpang roket Rusia.

“Wahai sekalian jin dan manusia. Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan.” (Ar-Rahman 33)

Program angkasawan kedua akan diteruskan

12 Dis 2013 PUTRAJAYA: Program misi menghantar angkasawan kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk melakukan penyelidikan saintifik akan diteruskan dan tarikhnya akan diumumkan pada masa yang sesuai kelak. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin berkata, misi angkasa lepas kedua itu mendapat kerjasama Rusia, Jepun dan beberapa negara lain.

Monyet sertai roket Iran ke angkasa selamat mendarat di bumi

15 Dis 2013 TEHERAN - Seekor monyet yang diberi nama Fargam selamat mendarat di bumi hari ini, selepas dihantar ke angkasa dalam pelancaran roket kedua tahun ini untuk program balistik kontroversi oleh kerajaan Iran. Presiden Iran, Hassan Rohani mengucapkan tahniah kepada para saintis menerusi mesej daripada agensi berita rasmi IRNA.

Robot Luar Angkasa China Jelajahi Bulan

15 Dis 2013 KENDARAAN robot milik China mulai menjelajahi permukaan bulan, beberapa jam setelah China menjadi negara ketiga yang berhasil mendaratkan pesawat ruang angkasanya di bulan. Robot penjelajah beroda enam itu diturunkan dari wahana tersebut di dataran vulkanik berdiameter 400 km yang sering disebut Teluk Pelangi.


Tiada ulasan: