Sebatang PVC ukuran 3 inci diameter dan 10 kaki panjang
boleh membawa beban 12.4 kg. Jika disusun 10 batang boleh membawa beban 124 kg.
Blog bermaklumat khusus untuk warga Negeri Sembilan. "Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Sebarang pertanyaan hubungi : Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan , www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20141231
Bagaimana bersih air berlumpur untuk minuman?
Ada sesiapa tahu bagaimana untuk membersih air yang
berlumpur untuk selamat dijadikan minuman dan masakan dengan cara yang paling
mudah dan murah? Artikel ini dari penyelidik di Michigan Technological
University mengatakan garam biasa boleh menjernihkan air.
Kalau ada idea yang mudah dan murah ini, perlu difikirkan
dan dikaji untuk kemudahan mangsa banjir di pantai timur.
Clean Drinking Water for Everyone
Nearly 80 percent of disease in developing countries is
linked to bad water and sanitation. Now a scientist at Michigan Technological
University has developed a simple, cheap way to make water safe to drink, even
if it’s muddy.
It’s easy enough to purify clear water. The solar water
disinfection method, or SODIS, calls for leaving a transparent plastic bottle
of clear water out in the sun for six hours. That allows heat and ultraviolet
radiation to wipe out most pathogens that cause diarrhea, a malady that kills
4,000 children a day in Africa.
Thus, to purify your water, you first have to get the clay
to settle out, a process called flocculation. Working with student Brittney
Dawney of Queen’s University in Ontario, Pearce discovered that one of the most
abundant minerals on Earth does this job very well: sodium chloride, or simple
table salt.
Salt is inexpensive and available almost everywhere. And it
doesn’t take very much to make muddy water clear again.
“The water has a lower sodium concentration than Gatorade,”
Pearce says. This would still be too much salt to pass muster as American tap
water, but American tap water is not the alternative.
“I’ve drunk this water myself. If I were somewhere with no
clean water and had kids with diarrhea, and this could save their lives, I’d
use this, no question,” he says.
Salt works best when the suspended particles are a type of
clay called bentonite. The technique doesn’t work as well with other kinds of
clay. However, by adding a little bentonite with the salt to water containing
these different clays, most of the particles glom together and settle out,
creating water clear enough for SODIS treatment.
20141230
Cara buat rumah untuk mangsa banjir paling murah
Ada sesiapa boleh kongsi cara buat rumah untuk mangsa banjir
yang musnah sama sekali pada kos yang paling murah, cepat dan efektif, untuk
mangsa banjir yang tidak berkemampuan dan tidak dapat bantuan daripada
mana-mana agensi?
Mungkin rumah pada keluasan 18 kaki x 20 kaki, 1 ruangan
dewan dan 2 bilik tidur. Mungkin
sepenuhnya wall cladding, batu blok, atau apa-apa bahan yang murah, sebagai
tempat perlindungan mangsa-mangsa banjir ini yang telah musnah semuanya tiada
wang simpanan untuk membeli khemah sekali pun.
Saya bukan tukang rumah, bukan arkitek dan bukan civil
engineer.
Harap beri pandangan, idea di ruangan komen atau e-melkan ke
rozmal@yahoo.com
20141223
Susah nak cari anak macam ni sekarang
Pemuda ini ialah Sharrul dari Kg
Kendong Baru, Kota, Rembau. Dia sanggup berhenti kerja sebagai
pemandu dan pembantu peribadi kepada seorang menteri kanan hanya
semata mata untuk menjaga ibunya yang tersayang, yang sakit sebelum
ini.
Dia menjaga ibunya, sehinggalah ibunya
kembali menemui Ilahi pada bulan Oktober 2014 yang lalu.
Kini dia menjaga ayahnya pula yang juga
sakit, dia menguruskan ayahnya, memandikan ayahnya. Dia hendak
menjaga ayahnya sehingga akhir hayat ayahnya.
Sharrul kini mencari rezeki dengan
membuat kerja pendawaian. Dia mempunyai sijil dan lesen serta
pengalaman untuk melakukan kerja pendawaian.
Kepada yang ingin mendapat khidmat
pendawaian bolehlah hubungi Sharrul Zaman bin Haji Ahmad 0172298006
Bukti Sejarah Parang Rembau dalam catatan sejarah Eropah
The arms manufactured by the Bugis are
in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe,
particularly the matchlocks and swords ; and those of Rumbowe in the
Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris,
called " GULOH RUMBOWE (GOLOK REMBAU)." The Malays of
Malacca ascribe the introduc tion of the kris to the celebrated Hong
Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah, Sultan of " At
Menancabo excellent poniards made, called creeses ; best weapons of
all the Orient." (Argensola, 1609.)
PARANG HASIL SENI ANAK REMBAU MASA KINI
Cantik, menawan, halus, tajam. Amat
sesuai untuk kerja menyembelih, melapah dan menyiang.
Siapa sangka parang dan pisau ini ialah
hasil tangan anak Rembau di Kg Penajis.
Kg. Penajis ialah tempat pertabalan
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Orang Rembau
jangan tak tahu fakta sejarah ni.
Berminat? Hubungi Firdaus 0136649090
ALLAHU AKBAR, Pakcik ni kenal arwah ayah saya
Rupa-rupanya pakcik ini kenal arwah
ayah saya masa sama Askar Melayu dulu. Ini semua Allah yang tentukan.
Kita disarankan menjalinkan hubungan silaturrahim dengan kawan-kawan
ibu bapa kita, apabila mereka telah meninggal dunia. Bila anaknya
Sharul sebut nama ayah saya, terus pakcik ni, walaupun uzur telefon
saya. Saya kata ayah dah meninggal lebih 3 tahun lalu, terkejut dia.
Pakcik Hj Ahmad ni , merupakan Askar
Melayu, pencen Staf Sarjan. Kepada sesiapa yang hendak bantu Pakcik
Hj Ahmad ni, khususnya skot-skot dia, atau anak skot-skot dia boleh
hubungi saya Rozmal bin Malakan 012-2267406.
Derita ketumbuhan dalam otak
Kepada mereka yang ingin membantu
keluarga ini yang amat memerlukan sokongan kita semua, sila hubungi
terus Puan Noor Hasni 017-227 0940.
Derita ketumbuhan dalam otak
Seremban: “Sepatutnya kakak (anak)
sudah boleh bersekolah dan bermain. Tetapi, akibat penyakit kanser,
dia hanya mampu terlantar di katil,” kata suri rumah, Noor Hasni
Hasan, 28, ibu kepada seorang kanak-kanak, Dania Alani Mohd Amry, 7,
yang mengidap penyakit kanser medulloblastoma dan hidrosefalus.
Noor Hasni ditemui di rumahnya di
Kampung Batu 3, Mambau, di sini, semalam, begitu sedih apabila
anaknya itu kini tidak mampu berjalan berikutan mengalami ketumbuhan
dalam otak dan kepala berair sejak Mei tahun lalu.
Menurut Noor Hasni, kedua-dua penyakit
itu dikesan Mac tahun lalu apabila Dania Alani yang ditempatkan di
rumah pengasuh dilihat lemah dan berjalan dalam keadaan
terhincut-hincut.
Noor Hasni berkata, pada mulanya dia
menyangka anak sulung daripada empat beradik itu cuba menarik
perhatian apabila menunjukkan perubahan sikap.
“Sehinggalah pengasuh memaklumkan
anak sukar untuk bangun dan sering menangis, saya membawanya ke
Klinik Kesihatan Seremban, di sini pada Mac tahun lalu sebelum
dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS),” katanya.
Menurutnya, anaknya itu kemudian
dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor memaklumkan
Dania Alani mengalami ketumbuhan dalam otak serta kepala berair.
“Selepas pemeriksaan dibuat pada Mei
tahun lalu, dia tidak lagi dapat berjalan. Saya begitu sedih melihat
keadaannya, apa lagi dia sepatutnya sudah memasuki tahun satu,”
katanya yang terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan di
sebuah pasar raya di daerah ini.
Menurutnya, Dania Alani juga tidak
boleh makan seperti biasa dan hanya minum susu menggunakan tiub
melalui hidung selain memakai lampin pakai buang.
Masalah mereka bertambah parah
berikutan suaminya, Mohd Amry Abd Halim, 32 yang bekerja di bengkel
kimpalan besi berpendapatan RM1,700 sebulan.
Katanya, dengan pendapatan tidak
seberapa itu, suaminya terpaksa memperuntukkan RM1,200 sebulan untuk
membeli lampin dan susu khas buat anaknya itu, sedangkan mereka perlu
menanggung tiga lagi anak iaitu Muhammad Aqil Lotfi, 5, Muhammad
Dhiyauddin Rayyan, 3, dan Nur Delilah Aisyahyang, 10 bulan.
“Setiap hari Dania Alani minum susu
sebanyak lapan kali iaitu 400 gram dan menggunakan tiga lampin. Kami
runsing memikirkan mencari pendapatan lebihan,” katanya yang
tertekan kerana doktor memaklumkan tidak tahu punca sebenar penyakit
itu selain tiada rawatan.
Katanya, dia mengharapkan orang ramai
yang bersimpati untuk membantunya dengan menghubungi menerusi talian
017-227 0940.
18 Disember 2014
20141219
Kalau jumpa saudara kita ini jual minyak wangi, belilah
Malam tadi Jumaat 19 Dis 2014 saya
mengisi minyak di Stesen Petronas, Taman Matahari Height, Senawang.
Nampak kelibat seorang lelaki, bertongkat, membawa beg. Fikiran saya
mesti dia menjual sesuatu. Semasa saya mengisi minyak dia
teragak-agak hendak menegur saya, saya beri salam dan tegur dia.
Tanya apa yang dia jual. Namanya Othman
bin Akop dari Kg Terusan Seberang, Juasseh, Kuala Pilah. Dia mencari
rezeki dengan menjual minyak wangi badan dan pewangi kereta. Dia akan
datang ke Senawang, menetap 2-3 hari, bermalam menumpang di
surau-surau, solat subuh biasanya di Masjid Bandar Baru Senawang.
Kemudian dia akan pulang ke Juasseh, di rumah ibunya.
Dia menjadi OKU setelah terlibat dalam
kemalangan jalanraya pada tahun 2010. Dia tidak mampu untuk melakukan
rawatan atau pembedahan lanjutan kerana masih menunggu permohonan
tabung perubatan katanya.
Kepada sahabat-sahabat yang nampak
Encik Othman ini menjual minyak wangi, belilah.
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
E-mel : rozmal@yahoo.com
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
Mohon bantuan peralatan golongan OKU
Satu keluarga yang kurang berkemampuan di Kendong, Rembau
amat memerlukan alat ini untuk ayahnya yang amat uzur.
Harga alat ini sekitar RM500. Mereka yang ingin memberi
sumbangan peralatan ini atau sumbangan duit untuk membeli alat ini sila hubungi
saya Hj Rozmal 0122267406
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan, no akaun 05012010047905 BANK ISLAM atau akaun Maybank
155126945930
Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
E-mel rozmal@yahoo.com
FB: Rozmal Malakan
Laman web: http://yam-ns.blogspot.com
18 Dis 2014
20141218
Mohon Giant Ampangan, Seremban tidak lagi jual arak
KAMI memohon jasa baik pihak Pasaraya Giant yang terletak di
kawasan Ampangan, Seremban agar tidak lagi menjual pelbagai jenis arak di pasar
raya tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu yang beragama
Islam di situ. Majoriti penduduk di kawasan Ampangan beragama Islam iaiatu
kira-kira 95 peratus.
Saya rasa tidak sesuai untuk menjual atau mempamerkan
minuman keras di premis itu kerana pekerja dan kerani kaunternya juga boleh
dikatakan 95 peratus terdiri daripada orang Islam.
Kita tidak mahu apabila arak dijual di situ maka anak-anak
muda Melayu akan berurusan jual beli minuman yang diharamkan oleh agama Islam.
Kalau daging babi dan apa juga jualan yang ditegahkan oleh
Islam tidak terdapat di pasar raya Giant di Ampangan kenapa minuman keras tidak
dilarang untuk dijual di sana?
Diperhatikan para pelanggan yang berurusan berjual-beli juga
adalah majoritinya yang beragama islam.
Dalam masa yang sama saya juga berharap pasar raya ini juga
tidak menjual barangan yang dikategorikan sudah busuk dan tidak sesuai lagi
untuk dijualkan kepada pelanggan seperti barang basah saperti ikan, kerang,
ketam, sotong dan udang walaupun harganya berlipat kali ganda lebih murah
daripada harga asal tetapi sebagai sebuah pasar raya yang ternama, ia hendaklah
juga menjaga kualiti dan utamakan barangan segar dan sihat yang dijualkan
kepada orang ramai.
Begitu juga apa sahaja barang yang diletakkan harga
istimewanya hendaklah mengikut harga itu juga sebagaimana dipamerkan di situ
dan bukannya harga istimewa yang ditawarkan apabila hendak membayar di kaunter
sudah berlainan pula dari harga istimewa yang ditawarkan itu. Ini kerap
terjadi.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan Seremban
18 Disember 2014 12:20 AM
Sumber : http://www.utusan.com.my/rencana/forum/mohon-giant-ampangan-seremban-tidak-lagi-jual-arak-1.37649
Langgan:
Catatan (Atom)