Semoga ahli kariah, jiran tetangga dapat membantu keluarga
ini. Siapa yang ada nombor telefon keluarga ini harap maklum kepada saya Hj
Rozmal 012-2267406.
Terpaksa hidup berjimat cermat
12 Disember 2014
GEMAS – Seorang isteri tabah menjaga suaminya yang terlantar
sakit sejak lebih setahun lalu walaupun mereka tiga beranak hanya bergantung
kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Khamisah Khamis, 47, berkata, dia tidak mempunyai pilihan
lain dan terpaksa mengehadkan perbelanjaan harian berikutan suaminya, Muhammad
Darus, 46, tidak boleh ditinggalkan seorang diri serta tidak mampu menguruskan
diri sejak awal tahun lalu.
Disebabkan itu kata Khamisah, dia tidak dapat mencari
pendapatan lain untuk keluarganya.
Katanya, dia juga terpaksa berjimat cermat bagi membeli
keperluan lampin pakai buang serta susu buat suaminya.
“Akak terpaksa beri suami makan bubur kosong serta memberi
susu khas yang bukan disyorkan oleh hospital kerana harganya jauh lebih murah.
Rutin akak ini telah menyebabkan suami kurang zat sehingga berat badan suami
dari 80 kilogram mendadak turun ke 39 kilogram.
“Bagaimanapun, akak tidak ada pilihan memandangkan hanya
bergantuan pada bantuan itu sahaja. Akak juga mempunyai seorang anak (Muhammad
Shahrul Nizam Muhammad, 15) yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui
Sinar Harian di kediamannya di Taman Halacara Baru Londah, dekat sini, semalam.
Khamisah berkata, sebelum ini dia ada memohon bantuan
bulanan dari Baitulmal bagi menampung perbelanjaan sekolah anaknya, namun
permohonan itu tidak berjaya kerana suaminya telah menerima bantuan bulanan
JKM.
Katanya, pada Mac lalu, suaminya ada menerima bantuan
perubatan daripada Baitulmal bernilai RM1,500, namun ia digunakan untuk membeli
mesin membuang kahak dan keperluan lampin serta susu suami.
“Mujur adik-beradik suami sering bertolak-ansur dan membantu
kami sekeluarga untuk membeli makanan keperluan harian. Namun, akak tidak dapat
memberi suami minum susu tujuh kali sehari, malah kadang-kala menggunakan
plastik bagi menggantikan lampin pakai buang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan