KAMI memohon jasa baik pihak Pasaraya Giant yang terletak di
kawasan Ampangan, Seremban agar tidak lagi menjual pelbagai jenis arak di pasar
raya tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu yang beragama
Islam di situ. Majoriti penduduk di kawasan Ampangan beragama Islam iaiatu
kira-kira 95 peratus.
Saya rasa tidak sesuai untuk menjual atau mempamerkan
minuman keras di premis itu kerana pekerja dan kerani kaunternya juga boleh
dikatakan 95 peratus terdiri daripada orang Islam.
Kita tidak mahu apabila arak dijual di situ maka anak-anak
muda Melayu akan berurusan jual beli minuman yang diharamkan oleh agama Islam.
Kalau daging babi dan apa juga jualan yang ditegahkan oleh
Islam tidak terdapat di pasar raya Giant di Ampangan kenapa minuman keras tidak
dilarang untuk dijual di sana?
Diperhatikan para pelanggan yang berurusan berjual-beli juga
adalah majoritinya yang beragama islam.
Dalam masa yang sama saya juga berharap pasar raya ini juga
tidak menjual barangan yang dikategorikan sudah busuk dan tidak sesuai lagi
untuk dijualkan kepada pelanggan seperti barang basah saperti ikan, kerang,
ketam, sotong dan udang walaupun harganya berlipat kali ganda lebih murah
daripada harga asal tetapi sebagai sebuah pasar raya yang ternama, ia hendaklah
juga menjaga kualiti dan utamakan barangan segar dan sihat yang dijualkan
kepada orang ramai.
Begitu juga apa sahaja barang yang diletakkan harga
istimewanya hendaklah mengikut harga itu juga sebagaimana dipamerkan di situ
dan bukannya harga istimewa yang ditawarkan apabila hendak membayar di kaunter
sudah berlainan pula dari harga istimewa yang ditawarkan itu. Ini kerap
terjadi.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan Seremban
18 Disember 2014 12:20 AM
Sumber : http://www.utusan.com.my/rencana/forum/mohon-giant-ampangan-seremban-tidak-lagi-jual-arak-1.37649
Tiada ulasan:
Catat Ulasan