Setiap kisah kesusahan dan kesempitan
hidup beberapa keluarga di negara kita ini yang saya paparkan di blog
atau FB saya terpulang kepada pembaca untuk membantu atau tidak. Baik
dari segi bantuan kewangan, barangan atau doa, tiada paksaan.
Mereka yang susah ini terlalu ramai.
Mereka ini jiran kita, saudara mara kita, mereka ada di sekeliling
kita. Ada yang meminta minta, ada yang tidak suka meminta minta,
mereka usaha sendiri dan berserah pada Allah.
Mereka yang susah ini, jika tidak
dibantu, mereka akan tetap hidup, kerana rezeki kita semua adalah
daripada Allah, hidup mati kita adalah milik Allah.
Namun apabila saya paparkan kisah
kesusahan mereka tanpa menyatakan nama sebenar kerana ada yang tidak
mahu diganggu privasi mereka ada individu yang menghubungi saya
kononnya untuk membantu keluarga tersebut. Padahal individu tersebut
hanya ingin menyoal siasat keluarga tersebut semata mata untuk
melihat apa yang saya tulis benar atau rekaan semata mata.
Seperti yang saya kata, tiada paksaan
untuk membantu.
Mereka yang susah ramai berada di
sekeliling kita tanpa kita sedari.
Tiada paksaan untuk bantu melalui
organisasi yang saya sertai atau organisasi lain atau hanya tunggu
dan lihat.
Semoga negara kita Malaysia yang
tercinta ini akan lebih aman, makmur, dirahmati apabila kita berkasih
sayang hanya kerana Allah, mengharapkan redha Allah.
Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan
Tel: 0122267406
E-mel rozmal@yahoo.com
FB: Rozmal Malakan
Laman web: http://yam-ns.blogspot.com
13 Dis 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan