KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141209

Ibu tunggal rayu bantuan untuk bayar bil elektrik tertunggak




Saya dimaklumkan seorang ibu tunggal Puan Noerhayati bt Dollah beralamat di 01-04-01, Flat DBKL, Kg Kerinchi memerlukan bantuan untuk menjelaskan bil elektriknya yang tertunggak hampir RM400. Beliau sebelum ini telah ditimpa kemalangan jalanraya pada tahun 2013, menyebabkan beliau tidak dapat lagi menyara hidup sebagai tukang cuci di sebuah IPTA di ibu negara.

Beliau mendapat bantuan bulanan dari Baitul Mal sebanyak RM400 sebulan dan dari JKM sebanyak RM350 sebulan, namun ianya tidak cukup untuk menampung keperluan harian dan persekolahan anak-anak disamping beliau memerlukan rawatan susulan akibat kemalangan tersebut dari masa ke semasa.

Kepada mereka yang sudi membantu keluarga ini bolehlah menghubungi Puan Noerhayati di talian 019-3894451 .

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
9 Dis 2014

Tiada ulasan: