Semoga ALLAH ringankan beban keluarga ini.
Polis bantuan hidap kanser rayu sumbangan
2 Dis 2014
JEMPOL – Kehidupan seorang anggota polis bantuan yang
menetap di Felda Palong 10 di sini berubah sekelip mata sejak setahun lalu
apabila dia disahkan menghidap kanser kulit tahap empat.
Ekoran penyakit itu, Hairul Shahril Adan, 34, yang sudah
berkahwin namun tidak mempunyai anak kini terlantar setelah lumpuh separuh
badan selepas sebahagian daripada hati dan buah pinggangnya dijangkiti kuman.
Menurut bapanya, Adan Jaffar, 54, lebih malang terdapat satu
bisul pada punggung kanan anaknya yang membesar sehingga beratnya mencecah enam
kilogram.
“Dia telah menjalani pembedahan di Hospital Melaka bagi
membuang bisul berkenaan namun keadaannya bertambah teruk,” katanya ketika
ditemui di sini semalam.
Peneroka itu memberitahu, berikutan keadaan itu anaknya kini
memerlukan bantuan katil boleh laras bagi memberi keselesaan selain memudahkan
pemuda itu bergerak.
Katanya, sebelum ini Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abd.
Samad telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda semasa melawat anaknya
pada bulan lalu.
“Bagaimanapun anak saya tidak dapat menggunakannya.
Sekiranya ada katil boleh laras sekurang-kurangnya dia dapat berbaring dan
duduk dengan lebih selesa,” katanya.
Jelas Adan, pendapatannya selain gaji isteri Hairul Sharil
sebagai operator kilang di Melaka tidak mencukupi untuk membeli katil tersebut.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh
menghubungi Adan di talian 019-2033 949.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan