Malam tadi Jumaat 19 Dis 2014 saya
mengisi minyak di Stesen Petronas, Taman Matahari Height, Senawang.
Nampak kelibat seorang lelaki, bertongkat, membawa beg. Fikiran saya
mesti dia menjual sesuatu. Semasa saya mengisi minyak dia
teragak-agak hendak menegur saya, saya beri salam dan tegur dia.
Tanya apa yang dia jual. Namanya Othman
bin Akop dari Kg Terusan Seberang, Juasseh, Kuala Pilah. Dia mencari
rezeki dengan menjual minyak wangi badan dan pewangi kereta. Dia akan
datang ke Senawang, menetap 2-3 hari, bermalam menumpang di
surau-surau, solat subuh biasanya di Masjid Bandar Baru Senawang.
Kemudian dia akan pulang ke Juasseh, di rumah ibunya.
Dia menjadi OKU setelah terlibat dalam
kemalangan jalanraya pada tahun 2010. Dia tidak mampu untuk melakukan
rawatan atau pembedahan lanjutan kerana masih menunggu permohonan
tabung perubatan katanya.
Kepada sahabat-sahabat yang nampak
Encik Othman ini menjual minyak wangi, belilah.
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
E-mel : rozmal@yahoo.com
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan