Seorang pegawai polis pada mulanya telah menangkap seorang
wanita kerana mencuri. Bila pegawai polis tadi mendapat tahu dia mencuri demi
sesuap nasi, dia melepaskan wanita berkenaan. Dan polis tadi telah pergi menziarahi
wanita tadi dengan membawa bekalan makanan. Wanita tadi amat terharu kerana beliau
sekeluarga tidak pernah mendapat bekalan makanan sebanyak itu sejak dia berusia
12 tahun.
Kisah seorang ibu dan nenek berusia 47 yang terpaksa mencuri
lima biji telur di sebuah pasar raya di Tarrant, di sini, tetapi tidak ditahan,
sebaliknya dibantu seorang pegawai polis sehingga menjadi viral sepanjang
minggu ini berikutan mencuit emosi masyarakat seluruh dunia terus menjadi
bualan.
Terbaru, pegawai polis terbabit, William Stacy diberi
penghargaan oleh Majlis Perbandaran Tarrant, Alabama, Amerika Syarikat,
manakala wanita itu, Helen Johnson semakin mendapat perhatian selepas tidak putus-putus
menerima bantuan bukan saja daripada penduduk Amerika Syarikat, malah penduduk
Australia turut menghulurkan pelbagai sumbangan.
Pada 6 Disember 2014 lalu, Helen yang tinggal bersama dua
anak, seorang anak saudara dan dua cucu berusia 1 dan 3 tahun menyembunyikan
lima biji telur dalam poketnya, tetapi telur berkenaan pecah.
Sebaik tiba di pintu keluar, dia ditahan oleh William dan
diminta untuk menunggu namun diberitahu pengurusan tidak akan membuat laporan
ke atasnya.
Helen memberitahu William bahawa di rumah tiada makanan dan
dia tidak mampu untuk membayar harga telur berkenaan.
Pegawai polis itu kemudian membelikan telur dengan syarat
wanita itu berjanji untuk tidak mencuri lagi.
Klip video mereka sedang berpelukan menjadi viral selepas
itu dan William diberi penghargaan oleh Datuk Bandar Tarrant, Loxcil Tuck yang
turut memuji usaha Jabatan Polis Tarrant menganjurkan program bantuan untuk
Helen dan individu lain yang memerlukan.
Minggu lalu, William serta beberapa pegawai polis lain
membawa dua lori barang makanan untuk diberikan kepada Helen. - Al.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan