KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141231

Rakit dari PVC




Sebatang PVC ukuran 3 inci diameter dan 10 kaki panjang boleh membawa beban 12.4 kg. Jika disusun 10 batang boleh membawa beban 124 kg.

Bagaimana bersih air berlumpur untuk minuman?




Ada sesiapa tahu bagaimana untuk membersih air yang berlumpur untuk selamat dijadikan minuman dan masakan dengan cara yang paling mudah dan murah? Artikel ini dari penyelidik di Michigan Technological University mengatakan garam biasa boleh menjernihkan air.

Kalau ada idea yang mudah dan murah ini, perlu difikirkan dan dikaji untuk kemudahan mangsa banjir di pantai timur.

Clean Drinking Water for Everyone

Nearly 80 percent of disease in developing countries is linked to bad water and sanitation. Now a scientist at Michigan Technological University has developed a simple, cheap way to make water safe to drink, even if it’s muddy.

It’s easy enough to purify clear water. The solar water disinfection method, or SODIS, calls for leaving a transparent plastic bottle of clear water out in the sun for six hours. That allows heat and ultraviolet radiation to wipe out most pathogens that cause diarrhea, a malady that kills 4,000 children a day in Africa.

Thus, to purify your water, you first have to get the clay to settle out, a process called flocculation. Working with student Brittney Dawney of Queen’s University in Ontario, Pearce discovered that one of the most abundant minerals on Earth does this job very well: sodium chloride, or simple table salt.

Salt is inexpensive and available almost everywhere. And it doesn’t take very much to make muddy water clear again.

“The water has a lower sodium concentration than Gatorade,” Pearce says. This would still be too much salt to pass muster as American tap water, but American tap water is not the alternative.

“I’ve drunk this water myself. If I were somewhere with no clean water and had kids with diarrhea, and this could save their lives, I’d use this, no question,” he says.

Salt works best when the suspended particles are a type of clay called bentonite. The technique doesn’t work as well with other kinds of clay. However, by adding a little bentonite with the salt to water containing these different clays, most of the particles glom together and settle out, creating water clear enough for SODIS treatment.

20141230

Cara buat rumah untuk mangsa banjir paling murah




Ada sesiapa boleh kongsi cara buat rumah untuk mangsa banjir yang musnah sama sekali pada kos yang paling murah, cepat dan efektif, untuk mangsa banjir yang tidak berkemampuan dan tidak dapat bantuan daripada mana-mana agensi?

Mungkin rumah pada keluasan 18 kaki x 20 kaki, 1 ruangan dewan dan 2 bilik tidur.  Mungkin sepenuhnya wall cladding, batu blok, atau apa-apa bahan yang murah, sebagai tempat perlindungan mangsa-mangsa banjir ini yang telah musnah semuanya tiada wang simpanan untuk membeli khemah sekali pun.

Saya bukan tukang rumah, bukan arkitek dan bukan civil engineer.

Harap beri pandangan, idea di ruangan komen atau e-melkan ke rozmal@yahoo.com

20141223

Susah nak cari anak macam ni sekarang


Pemuda ini ialah Sharrul dari Kg Kendong Baru, Kota, Rembau. Dia sanggup berhenti kerja sebagai pemandu dan pembantu peribadi kepada seorang menteri kanan hanya semata mata untuk menjaga ibunya yang tersayang, yang sakit sebelum ini.

Dia menjaga ibunya, sehinggalah ibunya kembali menemui Ilahi pada bulan Oktober 2014 yang lalu.

Kini dia menjaga ayahnya pula yang juga sakit, dia menguruskan ayahnya, memandikan ayahnya. Dia hendak menjaga ayahnya sehingga akhir hayat ayahnya.

Sharrul kini mencari rezeki dengan membuat kerja pendawaian. Dia mempunyai sijil dan lesen serta pengalaman untuk melakukan kerja pendawaian.

Kepada yang ingin mendapat khidmat pendawaian bolehlah hubungi Sharrul Zaman bin Haji Ahmad 0172298006

Bukti Sejarah Parang Rembau dalam catatan sejarah Eropah

The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe, particularly the matchlocks and swords ; and those of Rumbowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " GULOH RUMBOWE (GOLOK REMBAU)." The Malays of Malacca ascribe the introduc tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah, Sultan of " At Menancabo excellent poniards made, called creeses ; best weapons of all the Orient." (Argensola, 1609.)


PARANG HASIL SENI ANAK REMBAU MASA KINI





Cantik, menawan, halus, tajam. Amat sesuai untuk kerja menyembelih, melapah dan menyiang.

Siapa sangka parang dan pisau ini ialah hasil tangan anak Rembau di Kg Penajis.

Kg. Penajis ialah tempat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Orang Rembau jangan tak tahu fakta sejarah ni.

Berminat? Hubungi Firdaus 0136649090

ALLAHU AKBAR, Pakcik ni kenal arwah ayah saya


Rupa-rupanya pakcik ini kenal arwah ayah saya masa sama Askar Melayu dulu. Ini semua Allah yang tentukan. Kita disarankan menjalinkan hubungan silaturrahim dengan kawan-kawan ibu bapa kita, apabila mereka telah meninggal dunia. Bila anaknya Sharul sebut nama ayah saya, terus pakcik ni, walaupun uzur telefon saya. Saya kata ayah dah meninggal lebih 3 tahun lalu, terkejut dia.

Pakcik Hj Ahmad ni , merupakan Askar Melayu, pencen Staf Sarjan. Kepada sesiapa yang hendak bantu Pakcik Hj Ahmad ni, khususnya skot-skot dia, atau anak skot-skot dia boleh hubungi saya Rozmal bin Malakan 012-2267406.

Derita ketumbuhan dalam otak

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini yang amat memerlukan sokongan kita semua, sila hubungi terus Puan Noor Hasni 017-227 0940.


Derita ketumbuhan dalam otak

Seremban: “Sepatutnya kakak (anak) sudah boleh bersekolah dan bermain. Tetapi, akibat penyakit kanser, dia hanya mampu terlantar di katil,” kata suri rumah, Noor Hasni Hasan, 28, ibu kepada seorang kanak-kanak, Dania Alani Mohd Amry, 7, yang mengidap penyakit kanser medulloblastoma dan hidrosefalus.

Noor Hasni ditemui di rumahnya di Kampung Batu 3, Mambau, di sini, semalam, begitu sedih apabila anaknya itu kini tidak mampu berjalan berikutan mengalami ketumbuhan dalam otak dan kepala berair sejak Mei tahun lalu.

Menurut Noor Hasni, kedua-dua penyakit itu dikesan Mac tahun lalu apabila Dania Alani yang ditempatkan di rumah pengasuh dilihat lemah dan berjalan dalam keadaan terhincut-hincut.

Noor Hasni berkata, pada mulanya dia menyangka anak sulung daripada empat beradik itu cuba menarik perhatian apabila menunjukkan perubahan sikap.

“Sehinggalah pengasuh memaklumkan anak sukar untuk bangun dan sering menangis, saya membawanya ke Klinik Kesihatan Seremban, di sini pada Mac tahun lalu sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS),” katanya.

Menurutnya, anaknya itu kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor memaklumkan Dania Alani mengalami ketumbuhan dalam otak serta kepala berair.

“Selepas pemeriksaan dibuat pada Mei tahun lalu, dia tidak lagi dapat berjalan. Saya begitu sedih melihat keadaannya, apa lagi dia sepatutnya sudah memasuki tahun satu,” katanya yang terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di daerah ini.

Menurutnya, Dania Alani juga tidak boleh makan seperti biasa dan hanya minum susu menggunakan tiub melalui hidung selain memakai lampin pakai buang.

Masalah mereka bertambah parah berikutan suaminya, Mohd Amry Abd Halim, 32 yang bekerja di bengkel kimpalan besi berpendapatan RM1,700 sebulan.

Katanya, dengan pendapatan tidak seberapa itu, suaminya terpaksa memperuntukkan RM1,200 sebulan untuk membeli lampin dan susu khas buat anaknya itu, sedangkan mereka perlu menanggung tiga lagi anak iaitu Muhammad Aqil Lotfi, 5, Muhammad Dhiyauddin Rayyan, 3, dan Nur Delilah Aisyahyang, 10 bulan.

“Setiap hari Dania Alani minum susu sebanyak lapan kali iaitu 400 gram dan menggunakan tiga lampin. Kami runsing memikirkan mencari pendapatan lebihan,” katanya yang tertekan kerana doktor memaklumkan tidak tahu punca sebenar penyakit itu selain tiada rawatan.

Katanya, dia mengharapkan orang ramai yang bersimpati untuk membantunya dengan menghubungi menerusi talian 017-227 0940.

18 Disember 2014

20141219

Kalau jumpa saudara kita ini jual minyak wangi, belilah



Malam tadi Jumaat 19 Dis 2014 saya mengisi minyak di Stesen Petronas, Taman Matahari Height, Senawang. Nampak kelibat seorang lelaki, bertongkat, membawa beg. Fikiran saya mesti dia menjual sesuatu. Semasa saya mengisi minyak dia teragak-agak hendak menegur saya, saya beri salam dan tegur dia.

Tanya apa yang dia jual. Namanya Othman bin Akop dari Kg Terusan Seberang, Juasseh, Kuala Pilah. Dia mencari rezeki dengan menjual minyak wangi badan dan pewangi kereta. Dia akan datang ke Senawang, menetap 2-3 hari, bermalam menumpang di surau-surau, solat subuh biasanya di Masjid Bandar Baru Senawang. Kemudian dia akan pulang ke Juasseh, di rumah ibunya.

Dia menjadi OKU setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2010. Dia tidak mampu untuk melakukan rawatan atau pembedahan lanjutan kerana masih menunggu permohonan tabung perubatan katanya.

Kepada sahabat-sahabat yang nampak Encik Othman ini menjual minyak wangi, belilah.

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan

Mohon bantuan peralatan golongan OKU




Satu keluarga yang kurang berkemampuan di Kendong, Rembau amat memerlukan alat ini untuk ayahnya yang amat uzur.

Harga alat ini sekitar RM500. Mereka yang ingin memberi sumbangan peralatan ini atau sumbangan duit untuk membeli alat ini sila hubungi saya Hj Rozmal 0122267406

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan, no akaun 05012010047905 BANK ISLAM atau akaun Maybank 155126945930

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel: 0122267406
FB: Rozmal Malakan
18 Dis 2014

20141218

Mohon Giant Ampangan, Seremban tidak lagi jual arak




KAMI memohon jasa baik pihak Pasaraya Giant yang terletak di kawasan Ampangan, Seremban agar tidak lagi menjual pelbagai jenis arak di pasar raya tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu yang beragama Islam di situ. Majoriti penduduk di kawasan Ampangan beragama Islam iaiatu kira-kira 95 peratus.

Saya rasa tidak sesuai untuk menjual atau mempamerkan minuman keras di premis itu kerana pekerja dan kerani kaunternya juga boleh dikatakan 95 peratus terdiri daripada orang Islam.

Kita tidak mahu apabila arak dijual di situ maka anak-anak muda Melayu akan berurusan jual beli minuman yang diharamkan oleh agama Islam.

Kalau daging babi dan apa juga jualan yang ditegahkan oleh Islam tidak terdapat di pasar raya Giant di Ampangan kenapa minuman keras tidak dilarang untuk dijual di sana?

Diperhatikan para pelanggan yang berurusan berjual-beli juga adalah majoritinya yang beragama islam.

Dalam masa yang sama saya juga berharap pasar raya ini juga tidak menjual barangan yang dikategorikan sudah busuk dan tidak sesuai lagi untuk dijualkan kepada pelanggan seperti barang basah saperti ikan, kerang, ketam, sotong dan udang walaupun harganya berlipat kali ganda lebih murah daripada harga asal tetapi sebagai sebuah pasar raya yang ternama, ia hendaklah juga menjaga kualiti dan utamakan barangan segar dan sihat yang dijualkan kepada orang ramai.

Begitu juga apa sahaja barang yang diletakkan harga istimewanya hendaklah mengikut harga itu juga sebagaimana dipamerkan di situ dan bukannya harga istimewa yang ditawarkan apabila hendak membayar di kaunter sudah berlainan pula dari harga istimewa yang ditawarkan itu. Ini kerap terjadi.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan Seremban
18 Disember 2014 12:20 AM