Semalam bertemu dengan Presiden Persatuan Anak Kelantan di
Rembau, Pok Nik di Medan Selera Chembong.
Banyak rupanya aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang
dibuat oleh persatuan ini di Rembau untuk manafaat penduduk tempatan di sini
bukan saja untuk anak Kelantan.
Kunci utama kejayaan persatuan ini di Rembau dan N.Sembilan
amnya ialah sikap persatuan ini yang tidak memihak kepada mana-mana parti
politik.
Malu pula rasanya saya sebagai anak Rembau apabila anak
Kelantan di Rembau lebih ke depan dalam melaksanakan kerja kemasyarakatan dan
kebajikan di Rembau.
Ada tak Persatuan Anak Rembau di Kelantan? Yang ada dulu
adalah anak Rembau yang jadi Ahli Parlimen di Kelantan.
Amacam Anak Rembau, takkan kita nak tengok saja Anak
Kelantan buat kerja kebajikan dan kemasyarakatan di Rembau?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan