Alangkah baiknya kalau Negeri Sembilan pun mengambil hari
Jumaat, penghulu segala hari sebagai hari cuti mingguan.
“Beraja Ke Johor, Bertali Ke Siak, Bertuan Ke Minangkabau”
Cuti Jumaat, masjid penuh
6 April 2015
JOHOR BAHRU -
Penetapan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu yang ditetapkan
di negeri ini sejak Januari tahun lalu berjaya menarik lebih ramai umat Islam
menunaikan solat Jumaat di masjid kawasan kediaman masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Abd Mutalib Abd Rahim
berkata, ia menunjukkan perkembangan positif dari segi hidup bermasyarakat
apabila lebih ramai penduduk beragama Islam keluar menunaikan solat Jumaat di
kawasan perumahan, berbanding berada di tempat kerja.
Menurutnya, biasanya sebelum penetapan Jumaat dan Sabtu
sebagai cuti hujung minggu bagi negeri ini, kebanyakan masjid di kawasan
penempatan penduduk kurang jemaah.
“Alhamdulillah saya menerima maklum balas positif daripada
umat Islam di seluruh daerah mengenai kehadiran jemaah menunaikan solat Jumaat
sungguh luar biasa di masjid kawasan penempatan sejak diisytiharkan cuti hujung
minggu pada Jumaat dan Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan