KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150404

Orang kampung mengeluh isu pengagihan rumah mesra rakyat, PPRT

Seperti biasa bila ada kelapangan pagi Sabtu saya akan bersarapan di kedai kopi di kampung.

Seronok bersarapan dengan mereka, dengar keluhan orang kampung.

Antara isu yang sering dan menjadi bualan orang kampung ialah pengagihan rumah mesra rakyat dan PPRT.

Dengan harga rumah yang begitu mahal di Rembau, hanya rumah mesra rakyat dan PPRT satu-satunya pilihan mereka.

Mereka mendakwa ada unsur pilih kasih, ada yang tidak sepatutnya dapat kerana bukan berpendapatan rendah, ada yang dapat dijadikan rumah sewa, ada yang ketua kampung tidak mahu tandatangan borang permohonan dan sebagainya.

Sejauh mana kesahihan dakwaan ini, tidaklah dapat saya pastikan.

Apa pun, marilah kita bersifat bertimbang rasa, berkasih sayang dalam isu ini.

Kita ni kan sekampung, 12 suku je di Rembau ni. Malulah nenek moyang kita yang tak ada internet boleh meneroka seluruh ceruk Rembau, setiap keluarga ada rumah, kita sekarang rumah yang ada terbiar, berebut rumah mesra rakyat dan PPRT.

Tiada ulasan: