KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150407

Ramai pelajar Melayu di luar negara ‘merana’



Kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara atas pembiayaan sendiri mengharapkan bantuan, pinjaman, biasiswa selepas itu, fikirkan risikonya semasak-masaknya. Dunia sekarang, masing-masing hanya melepaskan diri masing-masing.

****************
Ramai pelajar Melayu di luar negara ‘merana’
Utusan Malaysia

6 April 2015 - Ramai pelajar Melayu dan Bumiputera yang menuntut dalam bidang perubatan di luar negara terutama di Mesir dan Indonesia terpaksa berhenti berikutan keluarga masing-masing tidak lagi mampu menanggung kos pengajian yang tinggi.

Yang dapat bertahan pula sering kali terpaksa ikat perut untuk terus kekal belajar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, adalah merugikan sekiranya keadaan sedemikian berterusan memandangkan ijazah daripada universiti mereka diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Tiada ulasan: