KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150420

Sakitkah masyarakat kita?



Saya rasa bersalah apabila dikhabarkan seorang wanita miskin bersama ibunya yang uzur dan anak umur tak sampai setahun naik motosikal dari Seremban ke Kemayan di Pahang semata-mata untuk menghantar beras kepada adiknya anak beranak kerana sudah keputusan makanan kerana kemiskinan.

Sedangkan saya boleh berusaha mencari seseorang di Pahang untuk membantu keluarga adiknya.
Kepada sesiapa yang ingin membantu keluarga sebegini jika ingin dapatkan maklumat dari saya, sila nyatakan nama penuh, no mykad dan pekerjaan. Kerana ada segelintir kecil apabila dapat maklumat dari saya mereka sekadar nak siasat dan tanya balik saya kenapa saya bantu keluarga tersebut kerana mereka ada dapat bantuan JKM. Salah ke saya dan rakan-rakan beri beras dan makanan lain? Banyak sangatkah bantuan JKM tersebut?

Sakitkah masyarakat kita?

Tiada ulasan: