Kalau tidak puas hati, kenapa masih bekerja di tempat
berkenaan? Jangan pelik, jika selepas ini ramai warga asing akan menjadi guru
tadika. Fenomena ini di mana-mana sektor pekerjaan sekarang ini. Tidak berpuas
hati dengan majikan, tapi tidak ada pilihan kerja tempat lain yang menawarkan
gaji yang lebih baik. Susah nak cari pekerja tempatan yang setia di sektor
perkilangan sekarang dan lain-lain sektor. 1Malaysia, 1Dunia
********************
Utusan Malaysia 8 April 2015
Nasib guru tadika diploma prasekolah
SAYA ingin berkongsi pengalaman sebagai guru tadika swasta
berkelayakan Diploma Pra Sekolah dari sebuah kolej swasta di selatan tanah air.
Gaji yang ditawarkan sebanyak RM900 dan RM1,000 jika
berpengalaman. Kediaman disediakan dan makan apa juga yang dimasak untuk
pelajar tadika.
Waktu bekerja dari pukul 7 pagi hingga 7 malam. Waktu habis
mengajar dari pukul 3 petang tetapi diwajibkan untuk membantu Taska,
menguruskan kanak-kanak bawah 4 tahun.
Ingin merujuk kepada pihak berwajib agar menilai gaji guru
tadika yang diamanahkan untuk mengajar anak-anak berusia 5 dan 6 tahun yang
baharu mengenal alam persekolahan dan diwajibkan anak-anak ini pandai membaca
di akhir sesi persekolahan.
Itu yang diharapkan oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak
ke tadika swasta kerana bayaran yang mahal.
Gaji yang diperuntukkan sebanyak RM900 akan dipotong
sekiranya cuti sakit yang ada slip MC dari klinik, atau cuti urusan keluarga
terdekat. Maknanya tiada cuti sakit dan tiada cuti tahunan.
Dijanjikan ada potongan KWSP, tetapi sudah tiga bulan
bekerja tiada caruman dan gaji tetap dipotong. Memandangkan bulan Februari
selama 28 hari sahaja, gaji diterima hanya dalam RM700 lebih sahaja.
Sebenarnya gaji dinilai mengikut hari bekerja bukan mengikut
bulanan seperti dijanjikan. Bagaimanakah baki gaji sebanyak itu membolehkan
kami membayar PTPTN sebanyak RM150 sebulan?
Diharap pemilik tadika dan pengusaha taska menilai dan
menimbangkan gaji yang bersesuaian dengan khidmat dan waktu bekerja.
Guru tadika tidak seharusnya dijadikan pekerja taska.
Menjaga bayi berusia 3 bulan sehingga setahun memerlukan kesabaran, tambahan
pula jumlah anak-anak melebihi 10 orang dan ada kalanya ibu bapa datang
mengambil anak-anak selepas pukul 7 malam atas alasan kesesakan jalan raya atau
hujan.
Kami juga diarahkan untuk membersihkan kawasan tadika dan
taska untuk tugasan hari esoknya.
Penguasaha tadika dan taska itu hanya mementingkan
keuntungan dan kurang sifat timbang rasa. Mungkinkah nasib yang sama kepada
kawan-kawan yang sama belajar? Pihak berwajib tolonglah beri perhatian.
GURU KECEWA
Kuala Lumpur
1 ulasan:
Setuju 110%.. Kesian dkt dorg.. Blja ssh pyh.. Hutang ribu ribu.. Last2 diperkotak katik.. Mana agensi kerajaan?? Sptutnya bantu.. Tak pun haramkn je diploma pra sekolah di ipg.. Sy pun kecewa dgn nasib mereka.. Sedih
Catat Ulasan