KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150402

Biar ibu kebuluran



Sebelum kita nak marah anak kepada ibu ini, tanya diri kita sendiri, adakah kita memberikan layanan yang terbaik terhadap ibu kita sendiri? Fenomena di bawah ini, ialah fenomena biasa, jika kita sering mengunjungi keluarga yang susah. Banyak lagi kisah sebegini yang tidak dilaporkan di akhbar. Kalau kita dengar ada orang susah di tempat kita, kampung kita, jika kita mampu, bantulah. Janganlah nak tanya mana anak dia, mana JKM, mana wakil rakyat, mana Pusat Zakat.

***********
Biar ibu kebuluran
Harian Metro, 1 April 2015 


Kajang: Seorang wanita warga emas bukan saja dibiarkan berseorangan di rumah tanpa makanan setiap kali anaknya keluar bekerja, malah turut dipukul apabila dia mengutip botol kosong untuk dijual bagi membeli makanan.

Anak perempuannya yang berusia 28 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan berbuat demikian kerana tindakan si ibu dianggap memalukannya.

Mangsa yang berusia 60-an tinggal dengan anak ketiganya itu di Kampung Bestari Hulu Langat di sini, sejak tiga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, nasib malang warga emas itu yang sering dilihat merayau di sekeliling kampung mencari botol plastik untuk dijual mendapat perhatian penduduk.

“Apabila ditanya penduduk kampung, wanita itu memberitahu dia terpaksa mencari botol plastik dan barang lusuh sebelum menjualnya bagi mendapat wang untuk membeli makanan disebabkan terlalu lapar.

Tiada ulasan: