Tahniah kerajaan negeri Melaka. Semoga negeri lain,
persatuan, pihak masjid serta surau, individu juga para peniaga sendiri dapat
mengambil langkah yang serupa untuk kebaikan kita bersama selaras dengan apa
yang disarankan dalam ajaran Islam.
*************
Melaka haramkan bekas makanan polisterin
28 April 2015
Kerajaan Melaka akan mengharamkan penggunaan bekas makanan
diperbuat daripada polisterin di semua kafe di bangunan kerajaan, premis
makanan pihak berkuasa tempatan dan sekolah di negeri ini, mulai 15 Mei depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka,
Datuk Kamarudin Md Shah berkata, langkah itu merupakan fasa pertama program
'Melaka Tanpa Polisterin' bertujuan mengurangkan penggunaan bahan polisterin
yang sukar diurai dan menjejaskan alam sekitar.
Beliau berkata, fasa berkenaan akan dikuatkuasakan
sepenuhnya bermula September tahun ini sebelum diperluaskan ke semua premis
makanan di seluruh Melaka termasuk di bangunan swasta.
Sehubungan itu, beliau berkata peniaga dan orang ramai
digalak menggunakan bekas makanan jenis biodegradasi atau mudah diurai seperti
yang diperbuat daripada hampas tebu dan jagung.
Pihaknya juga akan mengeluarkan senarai nama pengeluar bekas
makanan biodegradasi yang boleh didapati di sekitar negeri ini melalui media
massa bagi memastikan peniaga mendapat bekalan produk berkenaan dengan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan