KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150420

Program Mengenali Minat Kerjaya Diri



Bagi membantu anak-anak kita mengenal pasti bidang kursus yang hendak diambil selepas menamatkan persekolahan mereka dan seterusnya bidang kerjaya yang hendak diceburi, Biro Pemuda Masjid Bandar Baru Senawang akan menganjurkan :

"Program Mengenali Minat Kerjaya Diri"

Pada Hari Sabtu 25 April 2015
Jam 9.00 - 10.30 pagi
Bertempat di Bilik Kuliah Masjid Bandar Baru Senawang.

Yuran penyertaan : PERCUMA

Program ini bertujuan untuk:
1. Membantu pelajar mengenalpasti personaliti diri.
2. Membantu pelajar mengukur minat kerjaya.
3. Membantu pelajar mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian dengan diri.

Siapa yang patut hadir keprogram ini?
1. Pelajar-pelajar Tingkatan 4,5 & 6.
2. Pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM.
3. Ibu bapa yang berminat.

Dikendalikan oleh Tuan Hj Mohd Shahfie bin Jabarullah (Sarjana Sastera - Psikologi Industri & Organisasi), Pengerusi Biro Pemuda Masjid Bandar Baru Senawang

Tiada ulasan: