Nampaknya semakin banyak keluarga yang dipotong bekalan
elektrik kerana tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik. Kalau sikit
bolehlah bantu, kalau satu kes bolehlah bantu. Ini dah semakin banyak, mencecah
RM800, RM1000, RM1300, RM1500.
Hari ini ada satu lagi kes. Mereka kini menggunakan lilin,
di tengah kesibukan kota.
Pilihan yang ada ialah samada mereka terus menggunakan
lilin, menumpang rumah saudara mara berhampiran atau balik kampung.
Setidak-tidaknya nasib mereka yang dipotong bekalan elektrik
ini adalah jauh lebih baik dari nasib saudara kita yang menjadi pelarian di
Syria dan negara bergolak lain. Dan juga mungkin lebih baik dari mangsa banjir
di Kelantan yang masih tinggal dalam khemah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan