KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150408

Dinafi hak tunai solat




Ini di Malaysia atau di negara barat? Ke kalau nak juga solat balik sajalah India?

Dinafi hak tunai solat
7 April 2015

Kuala Lumpur: Seorang bekas pekerja gunting rambut warga India mendakwa dinafikan haknya sebagai seorang beragama Islam untuk mengerjakan solat sejak dua tahun lalu.

Erfan Umar, 27, mendakwa dia serta 14 lagi rakan sekerjanya tidak dibenarkan melakukan tanggungjawab itu oleh majikannya sepanjang bekerja di kedai gunting rambut di Subang Jaya.

Menurutnya, dia bekerja selama 14 jam setiap hari mulai jam 9 pagi sehingga jam 11 malam sejak 2013 dan hanya diberikan waktu rehat selama 30 minit untuk makan tengah hari.

“Semua waktu yang diwajibkan bersolat majikan tidak benarkan, malah solat Jumaat juga dia tidak benarkan saya keluar dari kedai.

“Selama saya bekerja di negara ini, saya hanya berpeluang menunaikan solat sunat Aidilfitri saja pada tahun lalu,” katanya ditemui di luar pekarangan Istana Negara, di sini, semalam.

Tiada ulasan: