Pada 29 Dis 1963 seramai 8 orang anggota dari 3 Rejimen
Askar Melayu Diraja telah terkorban dalam pertempuran di Kalabakan, Sabah dalam
serangan oleh askar Indonesia yang menceroboh negara ini.
Projek Filem Sejarah Tertangguh
22 Mac 2011
Walaupun kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah,
1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff
Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak
produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas
menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang
mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka
belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
(FINAS).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan